Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JOHOR JUGA AKAN JATUH KETANGAN PR

PANAS RAMADHAN!! : BEKAS MUFTI JOHOR BINCANG STRATEGI PERTAHANKAN UMNO??

2.8.11


Setiausaha PERKASA Johor, Amir Hamzah Mohamad pada Jun lepas telah mengakui satu perjumpaan tertutup anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Tropikal Inn, Johor Bahru yang turut dihadiri 600 ahli NGO-NGO lain.

Beliau turut menyebut PERKASA Johor telah menghantar 100 orang ahlinya seluruh Johor ke perjumpaan tertutup berkenaan.

Menurutnya lagi, majlis taklimat itu turut dihadiri oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Cawangan Johor, pengerusi NGO-NGO Melayu Johor dan bekas mufti Johor yang juga penasihat Agama kerajaan Johor, Datuk Noh Gadut (gambar) bagi membincangkan berkaitan tsunami politik yang bakal dihadapi Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Keadaan itu katanya akan menggugat kuasa Melayu (kuasa Umno) jika golongan muda terus condong kepada Pakatan Rakyat (PR).

Dalam taklimat berkenaan, setiausaha MKN Cawangan Johor mendedahkan tentang senario politik masa kini disamping menerangkan realiti sokongan rakyat kepada kerajaan dan pakatan pembangkang masa kini khususnya di Johor.  PERKASA dan Noh Gadut memang barua Umno-BN

Keadaan itu menjelaskan akan kedudukan PERKASA dan Noh Gadut yang selama sentiasa bertindak dan mengeluar kenyataan berbaur perkauman yang bias dengan parti perkauman Umno.

Kini kedudukan PERKASA diangkat sebagai antara yang bakal melakukan sesuatu bagi mempertahankan kuasa Umno-BN di negeri Johor.

PERKASA bukan lagi NGO bebas yang didakwa sebelum ini oleh pemimpin mereka, tetapi sudah menjadi sebahagian daripada Umno, cuma topeng sahaja berlainan yang dicipta khas atas nama PERKASA sebagai usaha mengelabui mata bangsa Melayu, konon berjuang atas nama Melayu.

SUMBER :Warkah Daily

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.