Dua ahli Geng 08 dicekup
- Sharifuddin dan Ketua JSJN Pahang, Superintendan Yap Toon Khuan (dua, kiri) bersama dua pegawai menunjukkan dadah dan alat penimbang digital yang dirampas daripada suspek.
KUANTAN - Dua dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap Geng 08 yang
bergiat aktif di utara tanah air dan sepasang suami isteri antara lima
suspek pengedar dadah berjaya dicekup polis dalam operasi Ops Cantas di
sini, kelmarin.
Suspek berusia 20 hingga 30 tahun itu ditahan dalam dua operasi berasingan di Kuantan dan Temerloh.
Hasil kedua-dua serbuan itu, polis menemui dan merampas 9,261.6 gram dadah heroin yang dianggarkan bernilai RM268,586 serta dua kereta digunakan suspek.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata, dua anggota kumpulan kongsi gelap itu yang berstatus Orang Sekatan Dadah (PCO) bersama seorang rakan ditahan ketika berada di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Tanah Putih di sini, kelmarin.
Menurutnya, dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, suspek yang menaiki dua kereta Honda Accord dan Perodua Myvi cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis sehingga berlaku pergelutan.
“Tindakan pantas anggota serbuan diketuai Asisten Superintendan Wan Zulkifly Sahabaludin berjaya menghalang cubaan suspek meloloskan diri,
“Hasil pemeriksaan ke atas salah sebuah kereta suspek, polis menemui dadah heroin seberat 9,090 gram,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.
Sharifuddin berkata, ketiga-tiga suspek yang bekerja sebagai juruteknik kilang, pemandu lori dan buruh berasal dari utara tanah air itu ditahan untuk siasatan lanjut.
“Hasil ujian ke atas ketiga-tiga mereka, seorang daripadanya didapati positif dadah Methamphetamine,
“Polis bagaimanapun tidak menemui sebarang senjata berbahaya atau wang tunai daripada suspek terbabit,” katanya.
Beliau berkata, kegiatan pengedaran dadah yang didalangi dua anggota Geng 08 itu dipercayai cuba menjadikan daerah ini sebagai lokasi baru untuk mengedarkan bahan terlarang itu.
Menurutnya, dalam serbuan berasingan, polis menahan sepasang suami isteri dan merampas dadah heroin seberat 171.6 gram di Temerloh.
“Operasi kira-kira jam 6 petang itu dijalankan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang diketuai Inspektor Mohamad Izzuddin Zulkifly,
“Pasangan suami isteri berusia 21 dan 27 tahun itu berasal dari Pahang dan dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan pengedaran dadah yang didalangi dua geng kongsi gelap tersebut,” katanya.
Sharifuddin berkata, suspek yang tidak bekerja didapati positif dadah Methamphetamine manakala isterinya yang bekerja sebagai jurujual negatif sebarang jenis dadah.
“Kita masih menjalankan siasatan dan hasil siasatan awal mendapati dadah terbabit di bawa dari utara tanah air untuk diedarkan kepada pengedar dan penagih di negeri ini.
“kesemua suspek kini ditahan reman selama seminggu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan Temerloh untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.
Beliau berkata, Polis Pahang melalui JSJN akan sentiasa memantau kegiatan pengedaran dadah yang cuba menjadikan negeri ini sebagai sasaran kegiatan tersebut.
“Kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kegiatan pengedaran dan penagihan dadah amat dialu-alukan,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment