27 Ogos, 2013
Khairy Desak Menteri Lantikan Najib Letak Jawatan
Khairy Jamaluddin Abu
Bakar hari ini menjadi menteri ketiga yang mendesak supaya Timbalan
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, P Wayta Moorthy untuk meletak
jawatan.
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Waytha harus menggunakan saluran
yang betul untuk menyuarakan pendapat dan tidak berkelakuan seperti
pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) selepas menyertai kerajaan.
Katanya, sekiranya wujud pertikaian maka Waytha perlu membincangkannya secara hikmah bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Jika Waytha masih berkeras adalah baik beliau meninggalkan kerajaan
kerana tidak wajar mempertikai tindakan polis untuk membasmi jenayah,"
katanya semasa sidang media hari ini.
Khairy berkata, jemaah menteri mempunyai perkara yang disepakati maka
perkara yang ingin dibangkitkan kepada umum harus berdasarkan kepada
saluran sedia ada.
Sementara itu, Datuk Seri Ali Rustam yang
baru dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
(PUNB) turut senada dengan Khairy menggesa Waytha untuk meninggalkan
kerajaan.
Beliau berkata,KDN dan polis berusaha sebaik mungkin bagi menangani kes
jenayah negara yang semakin berleluasa maka usaha pihak berkenaan wajar
dipuji.
"Saranan Waytha yang mahu penjenayah melepaskan tembakan terlebih dahulu
adalah sangat tidak masuk akal. Bagaimana polis hendak memberkas
penjenayah sekiranya polis ditembak terlebih dahulu," katanya ketika
ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada
Ahad bersetuju dengan cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi supaya Waytha meletak jawatan.
"Saya setuju dengan Datuk Zahid 101 peratus, kita anggota Kabinet
bertanggungjawab bersama, tiada mana-mana pihak letakkan kepentingan
politik melebihi pertimbangan politik kolektif.
"Bersandarkan kepada emosi dalam melaksanakan sesuatu keadaan tidak
melambangkan situasi dan emosi tidak menunjukkan kepimpinan yang waras,"
kata Hishammuddin. ~the malaysian insider
0 orang berkata:
Post a Comment