NAMPAK SANGAT DENDAM
Speaker Dun Kelantan halau Husam
KOTA BHARU - Sidang Dun Kelantan hari ini kecoh apabila Speker Dun,
Datuk Abdullah Yakob mengarahkan Datuk Husam Musa (Amanah-Salor) dihalau
dari dewan.
Ia berlaku ketika mana Husam memohon mencelah semasa sesi penggulungan
yang dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Abdullah terdahulu melarang Husam daripada mengganggu ucapan Ahmad,
namun tindakan Adun Salor terus bangkit menyebabkan beliau mengarahkan
bentara membawa Husam keluar dewan.
Husam ketika ditemui di luar dewan kecewa dengan tindakan Speaker yang disifatkan tidak menjalankan amanah dengan sewajarnya.
"Saya hanya ingin tanya kelayakan Exco agama yang terdahulu
mengeluarkan isu Fekah , (baiah) tindakan itu tidak wajar tetapi saya
bangga," katanya.
Sementara itu, Ahmad berkata, Husam sepatutnya menggunakan peluang untuk membahaskan isu semalam.
"Setiap ahli kena pengikut peraturan, kita sudah bekalkan buku.
"Bagaimanapun kita perlu menghormati keputusan speaker," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment