Pas tutup pintu rundingan dengan Bersatu
KOTA BHARU - Pas menutup pintu rundingannya dengan Bersatu selepas parti itu menyertai Pakatan Harapan semalam.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata tindakan itu
dibuat selaras dengan syarat Pas kepada mana-mana pihak yang ingin
bekerjasama dengannya iaitu tidak menjalin sebarang hubungan dengan
seteru politiknya iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
"...kira tutup bukulah. Sebab itu pendirian parti, daripada awal pun
memang jelas," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri
persidangan Dun Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Semalam, Pakatan Harapan sebulat suara menerima Bersatu sebagai ahli
terbaharu gabungan itu selepas majlis presiden gabungan itu memutuskan
perkara tersebut dalam mesyuaratnya di Kuala Lumpur.
Ditanya mengenai pertemuan dengan Bersatu sebelum ini, Mohd Amar yang
juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata ia hanya berkisar mengenai
pandangan parti itu terhadap beberapa perkara.
"Sebelum ini kita lebih kepada berbincang, tak ada rundingan betul
lagi. Kita hanya berbincang idea-idea, isu-isu...itu sahaja. Tapi belum
sampai ke peringkat serius dan muktamad.
"Kita di peringkat pusat pun, memang asas berunding masa itu ialah
selagi Bersatu tidak bersama dengan Pakatan Harapan. Itu yang kita boleh
runding. Bila dia (Bersatu) sudah rasmi (sertai Pakatan Harapan), jadi
putuslah (hubungan)," katanya. –Bernama
4 orang berkata:
Sudah2lah PA$ oiii..takde sape peduli pun. PH taknak. Umno sebelah mata tak pandang parti ajaran sesat ni.
PA$ melingkup terus di pru14.Aamiin.
Akhirnya baru didedahkan rupa-rupanya private bill yg sudah lebih setahun dibincangkan hanyalah sekadar untuk menambah hukuman yang sedia ada di mahkamah syariah.
Ianya dikemukakan bagi membolehkan hukuman dalam Kanun Jenayah Syariah 1985 boleh dinaikkan sehingga 30 thn penjara, RM100,000 denda dan 100 kali sebat.
Mengikut rekod, Akta 355 pernah dipinda pada tahun 1994 tanpa ada sesiapa yang bising sebab Kerajaan sendiri yang bawa untuk dipinda dan ianya tidak dipolitikkan sebagaimana yang sedang berlaku sekarang.
Bagi Umno, peranan Hj Hadi sudah cukup sampai di peringkat terkini. Melalui Hj Hadi, Umno BN telah berjaya memperdayakannya dengan menggunakan isu RUU355 ini sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat punah lingkup, Pas sendiri berpecah.
Tbaik la....lawan smua...yg penting hati tak sakit..tido lena...kalah menang itu kehendak Allah...istiqamah tetap istiqamah
Kehendak allah tu sememangnya. Tapi kena la usaha. Kalau tak kerja, takdenye tuhan nak campak duit turun dari langit. Tapi dlm bersatu ada PKR, Dlm pkr ada dap. Dlm pkr dap ada pulak kerajaan negeri ujud di selangor. Jadi camme pulak tu.
Post a Comment