'Bentang dulu RUU355, baru kami putuskan'
PETALING JAYA - Parti Bersatu tidak akan menyatakan pendirian terhadap
pindaan rang undang-undang (RUU) 355, sehingga kandungannya dibentangkan
di Parlimen.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, persetujuan hanya boleh
dinyatakan setelah semua pihak jelas dengan perkara tersebut.
"Sebenarnya usul ini tidak begitu jelas, kita tak boleh buat apa-apa
keputusan. Beberapa kenyataan yang dibuat sebelum ini oleh pihak lain,
bukan daripada saya sendiri," katanya dalam satu sidang media di ibu
pejabatnya di sini, hari ini.
Beberapa hari lalu Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
berkata Presiden Bersatu menyatakan sokongan terhadap pindaan.
"Kita sendiri tidak tahu sama ada kerajaan nak bentang atas nama
kerajaan atau Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diberi
ruang untuk membentangkannya.
"Dan lepas tu tentulah ada perbahasan-perbahasannya, selagi perkara itu
belum sampai ke tahap itu, saya yakin tidak berapa tepat untuk Bersatu
ambil pendirian dalam soal ini," katanya.
Tegas Muhyiddin, Bersatu tidak akan terburu-buru menyatakan sokongan kerana ia bukan perkara kecil.
"Saya perlukan satu waktu yang sesuai untuk buat keputusan muktamad," katanya.
1 orang berkata:
Celaka. Blh pulak nk promote nom ekor dlm blog ni.
Post a Comment