Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BIARKAN PENGKHIANAT MELAKUKAN APA YANG MEREKA SUKA, BORN TO BE SYAITAN/IBLIS


Amanah belum cukup kuat, sebab itu jual Nik Aziz
 Kamarul Zaman Yusoff
 
Kamarul Zaman Yusoff
KOTA BHARU - Cubaan Amanah mempolitikkan nama dan pengaruh arwah bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk kepentingan parti itu adalah sangat tidak wajar.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, tindakan itu menggambarkan seolah-olah Amanah tidak mempunyai kekuatan sendiri hingga terpaksa menumpang ketokohan Nik Aziz.

"Selaku tokoh besar dalam politik negara, Nik Aziz adalah milik rakyat, jadi memang sangat elok jika pemikiran beliau dapat diwacanakan kerana banyak yang kita boleh pelajari dari pemikiran mahupun tindakan beliau.

“Bagaimanapun wacana tersebut seharusnya dibuat secara objektif dan tidak digunakan untuk mencapai matlamat politik kepartian seperti itu bagi menampakkan sokongan kepada mana-mana parti baru,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam keluarga arwah Nik Aziz telah membuat laporan polis terhadap penganjuran Seminar Pemikiran Nik Aziz oleh Amanah yang akan berlangsung pada 9 April ini di Kuala Lumpur.

"Saya mulanya memandang positif hasrat Amanah untuk menganjurkan Seminar Pemikiran Nik Aziz di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 9 April depan.

"Malangnya, apabila Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir, mengumumkan tujuan seminar itu diadakan adalah supaya Amanah dapat meneruskan apa yang telah dimulakan dan dilaksanakan oleh Nik Aziz, maka jelas ia telah dipolitikkan.

Katanya, belum pun seminar dilangsungkan, Anuar telah merumuskan bahawa pendekatan politik Nik Aziz adalah mesra rakyat, mendidik dan lemah lembut berbanding pendekatan keras yang menghukum.

Walhal katanya, diketahui ramai bahawa Nik Aziz sangat konsisten dalam soal perlaksanaan hukum Islam termasuk kesediaan berpatah arang dengan mana-mana pihak yang tegar menentangnya.

"Bila Amanah dilihat mahu menggunakan Nik Aziz bagi melegitimasikan perjuangannya maka kita boleh faham mengapa keluarga Nik Aziz tidak senang dengan seminar ini, apatah lagi bila sebelum ini pun pemimpin Amanah sering mengaitkan beliau dengan Amanah,” katanya.

23 orang berkata:

Anonymous said...

Arwah nik aziz tak nak berbaik dgn umno sbb tak nak kena patuk 2 kali dlm lubang yg sama. Dia pun bergabung dgn pr yg juga dianggotai oleh dap.

Pada masa itu semua ahli pas sokong pendirian nik aziz. Mereka kata strategi itu adalah yv terbaik. Tak ada sorang pun yg berani bantah.

Tapi bila nik aziz dah meninggal, semuanya berubah. Hukum mcm dah berubah dan kerjasama dgn dap mcm diharamkan. Hubungan dgn umno pula bertambah baik dan lebih mesra pelanggan.

Tahniah la.

Anonymous said...

Masa nik aziz hidup, bergabung dgn dap dlm pakatan rakyat hukumnya harus. Bila dia meninggal, hukumnya tukar jadi haram kot.

Anonymous said...

Kita pun tak tau pasai apa nik aziz yg dilihat amat warak sanggup bekerjasama dgn dap sehingga beliau meninggal dunia. Tak taulah kenapa lebai hadi tiba2 tak nak join dap pulak. Mungkin hukum dah berubah kot. Tapi kan, dulu semua ahli pas sokong tindakan nik aziz tu....

Sbb dulu boleh. Sekarang tak boleh.

Anonymous said...

Aku rasalah, kalau tgna masih hidup, tentu PR masih ada dan pas masih bersama dgn dap dalam PR. Mungkin jugak hari ini ahli2 pas sedang sama2 memasang bendera dap bagi menghadapi pru14 yg semakin hampir.

Anonymous said...

Masa zaman tgna hidup dulu, pas amat kuat dan disegani oleh semua kawan dan lawan. Bila dia dah tak ada, sikit demi sikit aku tengok pas makin terpinggir. Dah tak ada sapa nak hormat pas kecuali ahli pas sendiri.

Tak taulah kat mana silapnya....

Mungkin mcm roda kot. Dulu kat atas. Sekarang dah pusing kat bawah. Tapi aku bimbang sangat kalu2 tak boleh nak naik atas balik lepas ni.

Anonymous said...

Nama pun politik.
Time tgna berbaik dgn dap.
Time tgha bermusuh dgn dap.
Esok time presiden dah tukar lain, mungkin berbaik semula dgn dap balik.

Kalu panjang umur tentu korang dapat tengok nanti.

Politik tu kan mcm drama, mcm sandiwara, mcm wayang kulit....
Watak2 hanya berlakon spt yg diarahkan oleh tok dalang.

Anonymous said...

Apa la anon2 diatas bodoo sangat.. TGNA dah pun tiada. Pas ada pemimpin baru.. ikut la pemimpin baru. Pas berjuang bukan kerana TGNA. Pefjuangan pas atas dasar Islam.TGHH pun satu hari nanti akan pergi juga. Masa tu ikut la pemimpin baru pulak..

Anonymous said...

Cuba korang ahli2 pas tengok drama kat tv. Tajuk dia kan berubah2. Semalam tajuk dia "membangun bersama islam". Hari ni tajuk dia dah tukar "politik matang". Esok lusa mungkin tajuk dia tukar lagi "perpaduan islam untuk semua cina dan melayu".

Dulu hero dia mungkin lemah lembut, sopan santun, tolak ansur. Hari ni hero dia mungkin penakut, pemalu, kaki ponteng, kaki maki hamun dan sebagainya. Esok lusa mungkin hero dia pakai bush jaket, bertopi baretta, seluar ketat....

Cam tuu la politik. Kita dok gaduh pung pang pung pang, derang pelok2 sedondon. Makan cendol pun satu meja...... Derang poket lebat keliling pinggang, kita je kena isi tin milo dgn duit syiling.


Hadoiii...

Anonymous said...

Dulu masa tgna bergabung dgn dap dlm pr, macai2 unta bukan main puji lge mcm umar abdul aziz. Kita org kutuk pun, ehhh puji jugak tu.

La ni bila tgna dah tak ada, boleh pulak lge ditukar jadi tokong la, tg lge la.... tu la politik namanya.

Jgn tipulah klu geng korang tu nafi tak berpolitik utk dpt kuasa, utk dpt RM....

Anonymous said...

Klu tghh dah tak ada, pemimpin baru akan ganti. Klu pemimpin baru tu nanti tukar polisi berbaik2 dgn dap balik, kita kenalah sokong jugak. Betul tak, kawan2?

Katalah mahfuz tu Allah takdirkan jadi presiden pas ganti tghh, kita kena sokong dan walak kpd mahfuz. Kita tak boleh tengok pemimpin. Kita kena utamakan parti kan?




Anonymous said...

Cuba la baca kisah perang khandaq...kalu masih tak reti dan faham ..kenapa mula2 krjn islam madinah buat pnjanjian dgn yahudi bani quraizah untuk ptahankan madinah..tapi akhirnya bani quraizah mnikam blkg dgn bpakat dgn quraisy mgepong madinah..akhirnya bila kepongan gagal..nabi hantar tentera utk halau bani quraizah...
Disini kita blh faham...org yg pd sangkaan baik tp tikam belakang..

Anonymous said...

Pendapat aku la kan, hanya pemimpin umno je yg tak berubah2 hala tuju. Siapa pun yg akan ganti, hala tuju dia adalah utk agama, bangsa dan negara.

Anonymous said...

Kalu tak faham lg...emm...tak tau la

Anonymous said...

Dap ni tikam belakang bukan zaman tghh aje. Dari dulu lagi dah... Dari dulu dah dap memang tentang hudud, langkah mayat dll. Tapi tgna gi jugak.

Dulu boleh. Cuma skang je tak boleh. Dap tetap mcm tu dr dulu sampai skang, tak ubah apa2 pun. Yg berubah org2 kita je.

Anonymous said...

Cuba tgk umno. Dia tahu dap tentang hudud. Sbb tu dari dulu sampai skang umno tak bekerjasama dgn dap. Kan perangai dap tu dah terang dan jelas...

Tapi pelik la, kenapa pas x blh join umno terus dan sama2 pupuskan amanah dan dap? Klu betul2 nak lenyapkan dap dan pan, kenalah gabung dgn umno. Barulah kuat. Kan dap dan pan tu lebih mudarat drp umno...

Ker pas masih berharap pd dap dan pan lagi utk pertahankan kelantan??

Anonymous said...

Bila pulak bani dap dan bani pan dah kepung kelantan?

Tak nok hantar tentera halau bani dap ker?

Hadoiiii....

Anonymous said...

pemimpin ada karisma masing2 selagi tak lari dari alquran dan hadits kita ikut la.. ada pemimpin tegas dan ada juga pemimpin lembut tak itu pun tak faham.
4 khalifah islam dulu2 punya watak berbeza .. jadikan lah panduan.

Anonymous said...

Pemimpin2 munafik sanggup dirasuah, menjual agama dgn nilai 90juta yg ditabur ketua penyamun duit rakyat.

Lone ranger pomen said...

Tu la peliknya, kat tempat lain haram join DAP. Kat selangor harus kot.

Lone ranger pomen said...

Memang bodoh pun anon kat atas tu. Lebih2 2.08.'kalau presiden terjun longkang ikut je la. Kalau cam tu jgn lah marah org nak pakai name arwah, dia bukan presiden lagi kan. Dan bodoh la yg jual iklan toto tu tu. Ade ke.blog pas yg mulia ni dipromosi iklan 4D.

Anonymous said...

Heran gak puak2 PAN nih, bahalol tak bertempat...naper tak buat seminar pemikiran Mat sabu atau Ahmad awang, nak juga guna nama nama almarhum TGNA bekas murshidul am PAS...

Anonymous said...

sistem politik demokrasi tu sendiri pun hukum dia harus..sebab tu jgn taksub mengalahkan kerbau buat syurga neraka mcm atok korang punya hehe..

Unknown said...

coach factory outlet
mont blanc pens
toms shoes
polo ralph lauren
adidas yeezy boost 350 v2
converse shoes
nike cortez
fitflops
kobe bryant shoes
toms outlet
20174.15wengdongdong

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.