Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIAPA ANAK JANTAN

Dialog: Mahathir beri Nazri tempoh sampai esok
Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad. - Foto Sinar Harian oleh HALIM WAHID
 
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi tempoh sehingga esok kepada Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk membuat persiapan dialog susulan pihak berkuasa menolak permohonan penganjur.  

Menurut Mahathir, beliau tetap berminat mahu meneruskan dialog itu dan Shah Alam boleh menjadi lokasi baharu untuk dipertimbangkan. 

"Saya bersedia berdebat mengenai apa-apa isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka, termasuk skandal BMF. Meskipun Nazri akan berada di Padang Rengas pada tarikh tersebut, saya tidak akan ke sana semata-mata mahu berjumpa beliau. 

"Jika beliau mahu berjumpa dengan saya, beliau boleh membuat temu janji,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.


Dialog di antara Mahathir dan Mohamed Nazri dijadualkan berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar, Sabtu ini.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini berkata, beliau akan tetap datang dialog itu sepertimana yang dijanjikan. 

"25 Mac ini saya tetap akan datang," katanya. 

Beliau juga turut mengharapkan agar Mahathir akan turun berdialog seperti mana yang dijadualkan.

"Saya akan tetap teruskan dan berharap agar Mahathir juga akan datang pada hari tersebut," katanya ketika ditemui di pekarangan Dewan Rakyat hari ini. 


Terdahulu, Polis Perak menolak dalam satu kenyataan menolak permohonan penganjur bagi meneruskan program Sabtu ini. 

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata permohonan tersebut ditolak setelah mengambil kira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.