Bersama Pas atau tidak, agenda tetap diteruskan
SHAH ALAM – "Bersama Pas atau tidak, agenda Bersatu untuk menjatuhkan
kerajaan pada PRU akan datang akan tetap diteruskan," demikian tegas
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Anina Saadudin.
Bagaimanapun katanya, pihaknya masih berharap kerjasama antara kedua
parti itu masih akan diteruskan meskipun Bersatu kini ‘disunting’
Pakatan Harapan.
“Secara peribadi, walau apa jua keadaan sekalipun, fokus Bersatu mestilah menjurus ke arah agenda perjuangan parti.
“With or without Pas (Bersama Pas atau tidak), kita masih akan fokus
untuk jatuhkan kerajaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, rundingan
kerjasama politik antara Pas dan Bersatu berakhir sebaik sahaja parti
yang dinaungi Tun Dr Mahathir Mohamad itu secara rasmi menyertai Pakatan
Harapan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Rundingan kerjasama dengan Bersatu sudah berakhir: Hadi]
Tambah Abdul Hadi, keputusan itu diambil berdasarkan pendirian Pas yang
tidak mahu turut bekerjasama dengan parti yang ada kaitan dengan DAP
dan Amanah.
Sementara itu, tambah Anina lagi, sebagai manusia biasa, pihaknya hanya
mampu merancang dan hanya ALLAH yang mampu menentukan segala-galanya.
“Kita hanya mampu berusaha ke arah kebaikan. Jika kehendak ALLAH
menjadikan kita tak bekerjasama, kita tak boleh tunggu lama lagi kerana
PRU semakin hampir.
“Bersatu ada jenteranya sendiri untuk terus bergerak dan melangkah ke hadapan,” katanya lagi.
1 orang berkata:
Terimakasih banyak AKI karna melalui jalan togel ini saya sekarang sudah bisa melunasi semua hutang2 orang tua saya bahkan saya juga sudah punya warung makan sendiri hi itu semua berkat bantuan AKI JAYA yang telah membarikan angka 4D nya menang 275 jt kepada saya dan ALHAMDULILLAH berhasil,kini saya sangat bangga pada diri saya sendiri karna melalui jalan togel ini saya sudah bisa membahagiakan orang tua saya..jika anda ingin sukses seperti saya hubungi no hp O85-244-015-689 AKI JAYA,angka ritual AKI JAYA meman selalu tepat dan terbukti..silahkan anda buktikan sendiri. 2D 3D 4D 5D 6D
Post a Comment