Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEBAT KERAJAAN DAN PEMBANGKANG ?

KDN benar dialog antara Mahathir-Nazri
mahathir nazri

KLUANG - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membenarkan majlis dialog antara bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dijadual diadakan di Kuala Kangsar, Perak, pada 25 Mac ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya sudah menerima permohonan daripada pihak penganjur untuk mendapatkan permit penganjuran.

"Sudah dibuat (permohonan) dan kita akan benarkan. Malah, saya juga menyokong," katanya kepada pemberita pada perasmian Majlis Sambutan Hari Penjara ke-227 dan Hari Antidadah Kebangsaan 2017 di sini hari ini.


Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Penjara Simpang Renggam, di sini.

Dialog yang dijadual diadakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar itu hebat diperkatakan akhir-akhir ini kerana akan menyentuh isu berbangkit dalam negara antaranya skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Mohamed Nazri, yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas, dilaporkan sudah mengesahkan penyertaan dalam perdebatan itu dan menjamin ia akan berlangsung dalam suasana aman dan harmoni.

Menyentuh perkara lain, Nur Jazlan mendedahkan setakat bulan ini sahaja, sejumlah 17,000 daripada 50,000 banduan telah dibebaskan melalui sistem parol di seluruh negara kerana telah menunjukkan tatatertib yang baik sewaktu pemulihan dalam penjara.

Menurutnya, sebanyak 800 lagi pula sedang mengikuti sistem itu.

"Walaupun angka itu nampak besar tetapi sebenarnya program ini (parol) kurang mendapat sambutan daripada keluarga banduan.

"Ini kerana kebanyakan keluarga masih lagi trauma akan sikap jenayah banduan dan tidak yakin banduan berkenaan boleh pulih sepenuhnya," katanya.    

Berikutan itu, beliau berharap Yayasan Koreksional yang dilancarkan sempena majlis itu dapat memainkan peranan dalam meningkatkan kemahiran serta memulihkan banduan menerusi pelbagai program.

"Program-program ini bertujuan memberi latihan kepada kakitangan Jabatan Penjara untuk menjadi pengajar bagi melahirkan banduan yang memiliki kemahiran.

"Ia penting agar banduan menjalani kehidupan baharu selepas menjalani hukuman atau disebabkan tidak diterima balik oleh keluarga," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.