HRF hantar surat kepada Agong gesa lepaskan Anwar
SHAH ALAM – Yayasan Hak Asasi Manusia (HRF) telah mengemukakan surat
terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi menggesa
pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden HRF, Thor Halvorssen berkata, surat itu dihantar kerana
terdapat bukti baharu berkaitan ketua pasukan pendakwaan dalam rayuan
kes liwat Anwar peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah.
"Anwar dirompak kebebasannya dan hak politiknya kerana popularitinya sebagai pemimpin pembangkang.
"Jika beliau diberi perbicaraan yang adil, Anwar akan dibebaskan daripada tuduhan liwat palsu ini,” katanya.
Jelasnya, gesaan untuk pembebasan itu sejajar dengan laporan Sarawak
Report berkaitan wang RM9.5 juta yang diterima Shafee bayaran pada 11
September 2013 dan pada 17 Februari 2014.
“HRF menghormati Baginda Tuanku untuk melakukan pembebasan ini kerana Anwar disabitkan atas tuduhan meliwat pada tahun 2014.
“Walaupun kekurangan bukti DNA dan tidak konsisten dalam saksi,” katanya.
Jelasnya, Anwar telah menjalani hukuman selama lima tahun sejak itu.
HRF menghantar surat terbuka ini setelah bukti baru disampaikan mengenai
penyuapan semasa percubaan Ibrahim,” katanya.
HRF yang berpangkalan di New York ini turut mendakwa terdapat campur tangan politik dalam kes Liwat 11 terhadap Anwar.
Anwar dipenjara lima tahun kerana meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 10 Februari 2015.
1 orang berkata:
InshaAllah yang benar akan tetap menang.
Yang dusta akan pecah pekungnya.
Amiin
Post a Comment