Pimpinan tertinggi perlu campur tangan
SHAH ALAM - Kepimpinan tertinggi Bersatu perlu mengambil penyelesaian
segera bagi menyelesaikan kemelut yang melanda sayap parti itu, saran
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains
Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.
Menurutnya, parti akan dilanda kemelut dalaman sekiranya perkara itu gagal ditangani segera.
"Parti yang dilanda kemelut dalaman jika tidak ditangani segera akan
melihat unsur sabotaj dan besar.
Ia hanya mampu bertahan jika ditangani
segera," katanya mengulas mengenai kontroversi melibatkan Angkatan
Bersatu Anak Muda (Armada) yang dilihat semakin meruncing kini.
Sehubungan itu katanya, mesyuarat jawatankuasa tertinggi perlu segera diadakan untuk menggelak situasi menjadi lebih runcing.
"Kepimpinan tertinggi wajar ambil tindakan segera untuk hentikan agar
tidak berleretan kerana ini akan menjejaskan reputasi parti," ujarnya.
Menurut Sivamurgan, kepimpinan tertinggi parti turut disaran untuk
mengenal pasti dalang yang menjadi musuh dalam selimut agar masalah itu
dapat dihentikan.
Baru-baru ini, Exco Armada dalam sidang media melancarkan serangan
terhadap pemimpin parti itu yang dilihat tidak berintegriti dan
menyalahgunakan kuasa.
Rentetan daripada itu, Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
menuduh tiga Exco Armada yang melancarkan ‘serangan’ terhadap Tun Dr.
Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai belot.
0 orang berkata:
Post a Comment