Isa Samad juga perlu berundur
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak
agar Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Tan Sri Isa
Abdul Samad meletakkan jawatan secara sukarela atau bercuti sepanjang
siasatan dijalankan terhadap syarikat berkaitan kerajaan itu (GLC).
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, selain Presiden dan Ketua
Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad yang diarahkan berehat sepanjang
siasatan dilakukan, perkara sama juga perlu dibuat oleh Isa.
"Apa yang berlaku sekarang ini, kedua-dua pihak saling
'tembak-menembak'. Masing-masing mengeluarkan kenyataan terhadap isu
yang dibangkitkan.
"Yang terbaik adalah kedua-duanya meletakkan jawatan atau keduanya
bercuti rehat sepanjang siasatan dijalankan. Jadi Lembaga Pengarah Felda
mahupun FGV harus buat keputusan segera kerana dakwaan yang dilemparkan
kepada Zakaria sangat serius," katanya.
Perkasa turut mencadangkan, agar pengurusan FGV diambil alih Felda buat sementara waktu, sehingga isu tersebut selesai.
"Satu jawatankuasa khas terdiri dari pihak Felda, kerajaan dan agensi
berkaitan wajar ditubuhkan bertujuan menyiasat punca masalah itu dan
mengambil tindakan segera demi menyelamatkan Felda.
"Kita sudah dengar pelbagai isu-isu melanda Felda , tapi segalanya
dikatakan hanya fitnah, itu tuduhan palsu tapi akhirnya meletup. Sampai
bila isu ini hendak berakhir. Dakwaan ini luar biasa," katanya.
Katanya, siasatan perlu telus dan terbuka serta mendedahkan hasil
siasatan kepada Umum.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) juga perlu
menyelesaikan segera siasatannya dan tidak bertangguh terlalu lama.
Tambah Ibrahim, perkembangan jenayah kolar putih semakin menjadi-jadi di negara mutakhir ini.
"Dua tiga tahun kebelakangan ini kita mendengar banyak isu. Antaranya
Bank Rakyat, isu membabitkan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan
Sukan, dan Mara. Isunya tidak reda, tambah parah lagi.
"Saya berpendapat tidak ada jalan lain untuk tangani rasuah selain dari
melihat kembali secara menyeluruh semua aspek termasuk pelantikan
jawatan penting yang tidak seharusnya bergantung kepada senioriti tapi
lebih pada integriti dan amanah," katanya.
Semalam, FGV mengarahkan Zakaria untuk bercuti serta merta bagi memberi
laluan kepada siasatan yang dijalankan ke atas pembayaran oleh sebuah
anak syarikat.
Sebelum itu, pada perbincangan 31 Mei lalu berhubungan tunggakan oleh
pihak Safitex bagi produk-produk yang dibekalkan oleh Delima Oil
Products Sdn Bhd, Zakaria diminta Isa agar meletakkan jawatannya atas
dakwaan telah melanggar kod tadbir urus korporat.
Bagaimanapun, menurut Zakaria, peletakan jawatan itu tidak wajar
memandangkan tiada pelanggaran mana-mana kod tadbir korporat seperti
yang didakwa.
5 orang berkata:
hadi pun wajib letak jawatan presiden pas. memanjang tak sihat dan selalu ponteng parlimen. kasi titm teraju pas la senang.
Isa kena berundur dlm umngok dulu pun rekod buruk.
Pokcik Mokcik felda apa tau..kesian kg tergadai.
Haji hadi disayangi oleh ahli2 pas. Menang tanpa,bertanding lagi. Pancacai dap apa sibuk2 dgn pas ni hah,,,hampa p la menyibuk dgn dap tokong lgbt sek bebas tu. Mana mat awang,,ehh ko tak g dakwah cina2 yg suke bertelanjang tu ke?? Kata peduli,,,ke pe tuli..?
Buto lah 0513.
Pencacai pemakan dedak umngok.
Dap je yg kau tau ke. MCA? Gerakan? MIC?
Bodoh tu simpan sikit sebagai pusaka utk anak cucu kau!
anon 5.13, betul tu, walaunta mmg sayang kat hadi mcm sayang ayatollah khomeini, menang tanpa bertanding, takdak sapa berani nak tandingi ayatollah hadi tu, takut tak masuk syurga, walaupun hadi tu memanjang ponteng dan tidur masa sidang parlimen dan dia tak pernah ponteng claim elaun. takbirrr
Post a Comment