KAMU JIKA TIADA KEBENARAN LEBIH BAIK DIAM.
BERCAKAP TENTANG ISLAM DAN HUKUM KENA ADA KEBENARAN.
KALAU NAK DIAMBIL KIRA AMALAN YANG BERTENTANGAN DENGAN
AGAMA ISLAM DI NEGARA INI, BERLAMBAK BANYAKNYA TAPI KAMU
MENGAPA BISU, MALAH YANG BERTANGGUNGJAWAB JUGA BISU !
-Pak Karamu-
Isma gesa penganjur majlis berbuka disiasat
BANGI - Penganjur majlis berbuka puasa di kalangan pendukung gerakan
lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada 10 Jun lalu perlu
disiasat dan dipanggil memberikan keterangan kepada pihak berkuasa.
Memetik laporan ismaweb.net, Ketua Biro Islamiyat Ikatan Muslimin
Malaysia (Isma), Omar Kassim berkata, tindakan mereka menganjurkan
majlis berbuka puasa yang mengagungkan hawa nafsu ini turut sama
menghina Islam.
“Apa yang mereka lakukan bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.
Islam mengharamkan zina, macam mana kita boleh membiarkan orang
mempromosikan zina.
“Islam mengharamkan seks sejenis, apa yang mereka lakukan ialah
mempromosikan maksiat dan kehancuran,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, umat Islam kena bertindak berdasarkan
hadis yang mafhumnya, barang siapa melihat kemungkaran, hendaklah dia
mencegah dengan kuasa yang dimilikinya.
“Jika tidak mampu dengan lidahnya. Jika tidak mampu dengan hatinya. Dan dengan hati adalah serendah iman.
“Mereka mengagungkan hawa nafsu, sehingga menyatakan tiada ayat di dalam al-Quran mengharamkan gay.
“Mereka boleh pergi lebih jauh hingga menyatakan tidak perlu untuk
menganut Islam sekiranya agama tersebut tidak membuahkan ketenangan jiwa
dan perbuatan seks sumbang sesama jantina adalah halal menurut
al-Quran.
“Pengharaman seks sejenis ini secara jelas diharamkan di dalam al-Quran
apabila Nabi Lut berdakwah kepada keluarganya dalam surah An-Naml ayat
54-58.
“Betapa jauh liberalisme ini boleh pergi ke dasar kesesatan. Ini satu
agama baru yang berhujah dengan al-Quran tafsiran sendiri,” keluhnya.
Program yang diadakan minggu lalu itu dihadiri oleh ramai aktivis liberal serta penyokong LGBT tempatan.
Antara pendukung gerakan ini yang hadir untuk menyerikan majlis ini
adalah mantan pengurus program Sisters in Islam, Suri Kempe, Dorian
Wilde dan Nisha Ayub dari Justice For Sisters.
Program ini juga menyajikan tayangan filem berlatar belakangkan
perjuangan gay, bertajuk Pride dan bacaan puisi yang bertajuk
Halal/Haram oleh Catherine Brogan yang berasal dari Ireland.
Ianya difahamkan diadakan bertujuan untuk mengingati pengamal LGBT yang
terkorban di sebuah kelab malam di Orlando, Amerika Syarikat pada 12
Jun tahun lalu.
0 orang berkata:
Post a Comment