Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEREKA INI JAHAT KE BAIK ?

FGV: Nasib Isa, Zakaria ditentukan hari ini
3
 Isa, Zakaria
Datuk Zakaria Arshad dan Tan Sri Isa Samad 
 
KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka membuat pengumuman penting hari ini mengenai kedudukan Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Isa Samad dan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad dalam syarikat itu.

Astro Awani melaporkan, satu mesyuarat dijadual diadakan di Putrajaya untuk membincangkan isu FGV, termasuk laporan disediakan pihak bebas dilantik kerajaan untuk mencari penyelesaian kepada kemelut melanda syarikat perladangan terbesar negara.

Laporan itu turut memetik sumber Berita Harian bahawa Isa juga dijadualkan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, hari ini.


Sumber berkenaan mengulas khabar angin dan spekulasi bahawa Isa akan digugurkan sebagai pengerusi untuk memberi ruang kepada kerajaan merombak pengurusan tertinggi syarikat senaraian awam itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki sebelum ini mengesahkan bahawa ia telah memulakan siasatan berhubung isu FGV yang melibatkan beberapa individu dalam organisasi tersebut.

Katanya, pegawai SPRM juga telah menggeledah ibu pejabat FGV pada 8 Jun dan merampas dokumen-dokumen yang berhubung kait dengan siasatan kes tersebut bagi membantu siasatan.

Sehari sebelum itu, Zakaria tampil memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Sebelum ini, Isa menegaskan tidak akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi FGV kerana tiada sebab untuknya berbuat demikian.

Jelasnya, banyak pihak boleh memberikan pandangan, namun tidak semua faham dengan isu yang melanda syarikat itu.

Kemelut FGV mencapai kemuncak apabila Isa dan Lembaga Pengarahnya mengarahkan Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Kamarzaman Abd Karim, untuk bercuti, pada 6 Jun lalu.

Susulan krisis itu, kerajaan melantik bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai orang tengah bagi mencari penyelesaian kepada krisis berkenaan.

Isa ketika dihubungi Berita Harian mengenai desas-desus kedudukan beliau dalam FGV berkata:
"Saya tidak tahu (khabar ingin mengenai kedudukan beliau), saya tak mahu komen apa-apa lagi sekarang. Kita tunggu dulu."

Zakaria pula berkata, beliau bersedia menerima apa sahaja keputusan kerajaan mengenai nasib dirinya di dalam syarikat itu.

Sementara itu, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad, ketika ditemui Berita Harian di Johor Bahru pada Ahad, menafikan beliau turut dijemput untuk menghadiri mesyuarat di Putrajaya, hari ini.

"Saya tidak dipanggil (pertemuan di Putrajaya hari ini), jadi saya tak tahu apa mesyuarat (akan dibincang atau diumumkan). Buat masa ini, cerita mengenai pengguguran Isa dan Zakaria, hanya khabar angin.

"Kita tunggulah esok (Isnin) kerana kali ini Perdana Menteri nampak serius. Kerajaan serius sehingga melantik pihak bebas (Idris) untuk mengumpul maklumat mengenai apa yang berlaku dalam FGV," katanya.

1 orang berkata:

Unknown said...

Ada 7 tahun saya jadi tki di singapura akhirnya impian saya tercapai untuk pulang ke indonesia,terima kasih MBAH SERO atas bantuannya,saya bisa berkumpul kembali dengan keluarga di kampung,karna melalui jalan togel sekarang saya bisa sukses,ini semua berkat bantuan MBAH SERO yang memberikan angka 4d bocoran singapura,alhamdulillah dapat 250 juta,saya sangat bersyukur kebun orang tua yang dulunya di gadai buat biaya saya untuk berangkat kesingapura,kini sudah saya tebus kembali,tanpa bantuan beliau mungkin belum bisa saya pulang kampung,terima kasih banyak MBAH SERO jasa-jasamu tidak akan saya lupakan,bagi saudarah2 di indonesia maupun di luar negeri butuh bantuan,apalagi yang terlilit hutang silahkan tlpn atau sms di nomor 082 370 357 999 atas nama MBAH SERO,beliau seorang paranormal yang bisa di percaya,karna sudah memberkan hasil,ingat kesempatan tidak akan datang untuk kedua kali,jadi giliran anda untuk membuktikannya,inilah kisah nyata dari saya ibu irma tki singapura..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.