Jemaah haji tidak perlu risau
Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
PUTRAJAYA - Jemaah haji Malaysia tidak perlu panik dan risau dengan
insiden serangan bom berani mati berhampiran Masjidil Haram di Makkah
semalam memandangkan petugas keselamatan Tabung Haji akan memantau
pergerakan mereka ketika menunaikan ibadah suci itu tidak lama lagi.
Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim
berkata jemaah haji hanya perlu mendengar nasihat dan arahan diberikan
petugas haji bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar.
"Saya percaya jemaah akan ikut nasihat seperti dilakukan sebelum ini.
Apa yang berlaku memang membimbangkan jemaah haji dan keluarga mereka.
"Jemaah perlu tenang dengan apa yang berlaku. Tidak perlu panik, risau.
Pasukan keselamatan akan pantau pergerakan jemaah di kawasan ibadat.
Malah saya sendiri akan berada di sana insya-Allah," katanya ketika
ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan
Anggota Jemaah Menteri hari ini.
Insiden serangan bom berani mati itu mencederakan 11 orang termasuk
lima pegawai polis Arab Saudi. Kementerian Luar semalam mengesahkan
tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam insiden itu.
Penerbangan pertama jemaah haji dijadual berlepas pada 24 Julai,
manakala penerbangan terakhir pada 25 Ogos di lapan buah lapangan
terbang utama iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Sepang; Alor
Star, Kedah; Bayan Lepas, Pulau Pinang; Senai, Johor; Kuala Terengganu,
Terengganu; Kota Bharu, Kelantan; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching,
Sarawak.
Seramai 30,200 jemaah akan menunaikan ibadat haji bermula Julai ini. - Bernama
2 orang berkata:
Fanatik dan menunggang agama membahayakan umat dan negara. Harap pihak berkuasa di malaysia mengambil tindakan kepada penunggang agama sebelum nasi menjadi bubur. Ciri2 penunggang agama ialah suka mengkafirkan dan memaki hamun orang lain.
Sedikit riwayat saya sekian lama telah berbisnis dan akhir akhir hampir bangkrut dan mungkin saya sudah bangkrut seandainya saya tidak menemukan dukun sakti yang benar benar membantu saya meningkatkan bisnis kembali dan alhamdulillah berkat bantuan pesuhihan dana gaib MBAH BUDI HARTONO saya bisa sukses kembali dan tidak jadi bangkrut makasi banyak ya MBAH sedikit info apabila anda ingin mendapatkan solusi hidup MBAH BUDI HARTONO punya ke ahlian bisa membantu pesugihan saya di bantu oleh MBAH BUDI HARTONO melalui dana gaib dengan jumlah 1 milliar syukur alhamdulillah inilah baru namanya dukun sakti karna betul betul memberikan hasil bagi anda yang butuh bantuan dana gaib dan masih banyak bantuan lainnya silahkan konsultasi sama MBAH BUDI HARTONO di nomor hp: 085-256-077-899 untuk info lebih jelasnya kunjungi website klik disini -->> PESUGIHAN DANA GAIB
Post a Comment