Tindakan Nazri undang ancaman pada BN
SHAH ALAM - Sokongan rakyat terhadap BN di Sarawak bakal terancam
menjelang PRU14 susulan daripada tindakan Menteri Pelancongan dan
Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mengeluarkan
kenyataan mengkritik Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia
dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed
berkata, tindakan Nazri tersebut adalah merupakan sesuatu yang merbahaya
memandangan sejak kebelakangan ini masyarakat Sarawak dilihat lebih
cenderung untuk memperjuangkan kepentingan dan hak masyarakat negeri
mereka.
“Yang paling unik sekali di Sarawak dan Sabah ialah masyarakat mereka
bersatu hati dalam memperjuangkan isu untuk kepentingan mereka tanpa
mengira latar belakang politik atau kaum.
[ARTIKEL BERKAITAN: Cukup dengan GST, tak perlu cukai lain lagi]
“Justeru adalah sesuatu yang agak merbahaya jika Nazri berterusan
menimbulkan isu dengan Abdul Karim khususnya berkaitan cukai pelancongan
ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, beberapa portal media melaporkan mengenai tindakan Nazri
menyelar kenyataan Abdul Karim yang menggesa kerajaan supaya
menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan di Sarawak kerana khuatir
cukai baharu tersebut akan membawa impak negatif kepada industri
pelancongan negeri tersebut.
Dalam kenyataannya, Nazri menggelar Abdul Karim sebagai 'setahun jagung' ekoran gesaannya tersebut.
1 orang berkata:
Akhirnya impian saya tercapai untuk pulang ke indonesia,terima kasih MBAH SERO atas bantuannya,saya bisa berkumpul kembali dengan keluarga,karna melalui jalan togel sekarang saya bisa sukses,ini semua berkat bantuan MBAH SERO yang memberikan angka 4d bocoran singapura,alhamdulillah dapat 250 juta,saya sangat bersyukur kebun orang tua yang dulunya di gadai buat biaya saya untuk berangkat kesingapura,kini sudah saya tebus kembali,tanpa bantuan beliau mungkin belum bisa saya pulang kampung,terima kasih banyak MBAH SERO jasa-jasamu tidak akan saya lupakan,bagi saudarah2 di indo maupun di luar negeri butuh bantuan,apalagi yang terlilit hutang silahkan tlpn atau sms di nomor 082 370 357 999 atas nama MBAH SERO,beliau seorang paranormal yang bisa di percaya,karna sudah memberkan hasil,ingat kesempatan tidak akan datang untuk kedua kali,jadi giliran anda untuk membuktikannya,inilah kisah nyata dari saya ibu irma tki singapura..
Post a Comment