Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERUNDUR ATAU RAKYAT BERUNDUR DARI PEMERINTAHAN BN


FGV: Dua-dua perlu letak jawatan
Dr Mohd Puad Zarkashi
Dr Mohd Puad Zarkashi
 
SHAH ALAM – Pengerusi Felda Global Holding Berhad (FGV) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad perlu meletak jawatan, demikian saranan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, peletakan jawatan itu akan dapat mengelakkan ‘trust deficit’  yang boleh mengakibatkan harga saham FGV jatuh menjunam.

“Semoga Pengerusi Felda Tan Seri Shahrir Samad tidak terlalu lama berdiam diri. Mereka berdua juga tidak perlulah menunggu campur tangan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Sewajarnya kedua-dua mereka meletak jawatan secara sukarela. Ambil jalan yang lebih bermaruah. Ambil jalan mengalah. Letak jawatan segera,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pertelingkahan yang menjadi peperangan terbuka itu amat mendukacitakan.

“Ini episod memalukan kerana amat ketara sekali tidak ada musyawarah sesama mereka. Mana mungkin mereka boleh bekerjasama selepas ini.

“Mereka berdua perlu dipisahkan. Biar mereka berada di tempat baru tetapi berlainan,” katanya.

Beliau menambah, jawatan tertinggi itu perlu diberikan kepada muka dan tenaga baru untuk meneruskan usaha agar FGV menguntungkan pemegang saham terutamanya para peneroka.

“Sampai masanya dikaji semula bidang kuasa seseorang Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif, termasuk siapa yang berkuasa melantik Ahli Lembaga Pengarah agar institusi berkaitan bukan menjadi medan kepentingan peribadi.

“Adakalanya kita mendengar seseorang Pengerusi menjadi Pengerusi pula kepada beberapa anak syarikat lain. Kalau satu dua tidak mengapa. Terdapat dakwaan, kebanyakan anak-anak syarikat  Pengerusinya adalah orang yang sama,” jelasnya.


Terdahulu, FGV memaklumkan kepada Bursa Malaysia, Zakaria akan bercuti sementara menunggu hasil siasatan pelbagai urus niaga yang dijalankan oleh anak syarikatnya,  Delima Oil Products Sdn Bhd.

Siasatan SPRM ke atas Zakaria melibatkan jutaan ringgit.

Dalam pada itu, Zakaria memerusi akaun tweeeternya berkata, arahan seumpama itu tidak pernah berlaku dalam organisasi Felda.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kes ni siapa yg bawak? Kalau blok Pakatan yg bangkitkan.
Ada parti blok kerajaan yg nak bawa ke isu penyelewengan jutaan ringgit. Jawapannya tiada. Sudah terlampau banyak kes rasuah hingga berbilion ringgit. Ketua cawagan shj dan makan ratus ribu ringgit. Ini sumber rezeki diaorg.
Yang pelik melayu tetap memangkah parti korup ini.
Modal modus operandi parti korup BN sangat senang ..bangkitkan isu kedaulatan Melayu dan Islam mesti orang tidak berpaling tadah. Percaya bulat2. Terbakar semangat Hang Tuah dan Saidina
Umar.
Padahal rasuah dikategorikan sebagai pengkhianat Negara, Bangsa dan Negara.
Di negara kapir yang dibenci sangat tu spt di China hukumnya 'Tembak' .
Kesimpulannya siapa yang lagi Kapir? Negara kapir ke negara Islam spt Malaysia ?
So janganlah syok sendiri bawa isu Melayu dan Islam di Malaysia. Belum lagi masanya! Isu moral spt rasuah pun belum mampu nak lawan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.