Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MURKA

Sultan Selangor murka terhadap Sivarasa
Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABD RAHIM
 
SHAH ALAM - "You have crossed the line!" (Kamu sudah melampaui batas!).
Demikian kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap tindakan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang berucap dalam Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang, pada 24 Mei lalu.

Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan kemurkaan terhadap insiden itu berikutan tindakan Sivarasa yang masih berucap di dalam masjid meskipun baginda sudah berkali-kali mengingatkan agar masjid tidak dijadikan tempat berpolitik sama ada bagi yang beragama Islam mahu pun bukan Islam.

"Beta tidak membenarkan ahli politik berceramah atau berucap di dalam masjid kerana beta tidak mahu ia menjadi punca kepada perpecahan umat Islam.

"Namun teguran beta nampaknya tidak diendahkan dan beta ingin menegaskan...Ahli Parlimen Subang, Sivarasa, 'You have crossed the line!'," titah baginda.

Demikian titah Sultan Selangor terhadap wakil rakyat PKR itu pada majlis berbuka puasa bersama rakyat dan majlis perasmian masjid An Nur Temasya Glenmarie di sini, sekejap tadi.

Baginda bertitah lagi, jikalau Ahli Parlimen Subang itu hendak berucap lapan jam atau sepuluh jam di luar dari kawasan masjid, beta tidak menghalangnya.

"Itu semua terserah kepada rakyat sama ada mahu mendengar ataupun tidak, tetapi jangan sama sekali berucap di dalam masjid dan di dalam kawasan masjid," titahnya.

Pada masa sama, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menitahkan nazir masjid, imam dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid sepatutnya lebih peka dan mengambil berat terhadap titah baginda serta tidak membenarkan sama sekali masjid dijadikan sebagai tempat untuk berpolitik.

Baginda turut mengingatkan masjid dan surau perlu digunakan sebagai tempat beribadat serta tempat untuk menuntut ilmu agama, selain tempat untuk mengeratkan silaturahim sesama umat Islam supaya tidak berpecah-belah dan berpuak-puak.

"Beta memberi kuasa kepada nazir, imam dan AJK masjid untuk menjaga rumah Allah dan kemuliaan masjid. Maka gunakanlah kuasa ini dengan sebaik-baiknya.

"Jika ada antara nazir, imam atau ahli jawatankuasa masjid yang hendak aktif berpolitik di masjid, beta titahkan supaya berhenti daripada menjadi nazir, imam atau ahli jawatankuasa masjid dan serahkan tanggungjawab itu kepada orang lain," titah baginda.

Baginda turut memberi amaran untuk tidak teragak-agak menitahkan Jais supaya menamatkan perkhidmatan nazir, imam dan AJK masjid yang melanggar serta tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Dalam kes masjid An-Nur Kampung Melayu Subang ini, beta mahu supaya Jais menyiasat dengan terperinci dan sekiranya ada bukti yang ahli jawatankuasa masjid melanggar peraturan yang sedia ada, tindakan selanjutnya hendaklah diambil terhadap mereka selepas Ramadan," titah baginda.

Selasa lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa murka dengan tindakan Sivarasa yang memasuki dan memberi ceramah di ruang solat Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Sulit kepada Tuanku, Datuk Munir Bani kepada Pengarah Jais.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Sultan pernah ke pergi solat kat situ? Hehehe saja tanya, jgn marah.

Anonymous said...

Kalu masuk masjid nak berpolitik maka dilarang. Lagipun kafir tu najis, dlm junub dll. Eloklah dilarang. Rujuk surah At-Taubah:28.


Mazhab syafie benarkan masuk pun dengan beberapa syarat ketat. Antaranya dgn keizinan org islam. Klu org islam tak bagi maka tak bolehlah. Kenudian tak ganggu aktiviti org islam. Bg ceramah tu mcm dah ganggu sebahagian kariah, maka tak boleh masuk. Kenudian tujuan masuk tu utk belajar islam dgn harapan akan masuk islam. Ada pula yg kata lalu shj boleh tapi duduk dalm masjid tak boleh. Boleh masuk utuk tujuan bina atau baiki masjid kecuali masjidil haram.


Apa pun, klu kafir masuk masjid dgn tujuan tertentu hingga pecah belahkan ummah islam, elok sangatlah dilarang. Apatah lagi jika ketua umat islam sendiri telah melarangnya. Jadi pentadbir masjid perlu peka dgn perintah sultan ini. Mudah2an masjid tidak dijadikan tempat memecahkan kesatuan ummah oleh org kafir.


Nak berpolitik, nak ceramah, buatlah luar masjid. Banyak tempat kat luar sana yg boleh digunakan utk berpolitik.

Anonymous said...

Klu org kafir tu nak bg sumbangan kpd masjid atau hal2 lain yg berkaitan, buatlah di luar masjid. Mcm dah tak ada tempat lain plak...

Anonymous said...

Mb pun pekalah sikit. Nak bg sumbangan ker, nak rasmikan masjid ker, hantarlah wakil yg beragama islam.

Dah tak ada pentadbir yg beragama islam ker kat selangor?

Unknown said...

Saya ibu surty tki singapore saya hadir berkomentar di dalam blog ini,cuma ingin menceritakan kisah nyata,sekaligus mau mengucapkan banyak terimah kasih kepada Mbah Sero,atas bantuannya semua hutang2 saya sudah pada lunas,nomor togel yang Mbah berikan lansung 4d bocoran singapore,syukur alhamdulillah tembus dapat kemenangan 800.juta,itu dalam bentuk uang indo,kemarin saya sangat bingun karna hutang banyak syukur sekarang sudah senang,saya tidak akan melupakan bantuan Mbah,apa bila saya sudah pulang ke indo saya akan berkunjung kepondok Mbah untuk silatu rahmi,bagi saudarah2 yang lagi terlilit hutang jangan anda putus asa,kalau mau sukses seperti saya silahkan tlpn atau sms Mbah Sero di nomor O82~37O~357~999 beliau seorang paranormal yang bisa di percaya,karna sudah memberikan bukti,ingat kesempatan tidak akan datang untuk kedua kali,jadi giliran anda untuk membuktiannya terima kasih...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.