Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI SEORANG LAGI MULUT LONGKANG, CAKAP MACAM PAMBU

'Tak perlu politikkan isu untuk kepentingan peribadi'

Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub
(Ubah saiz teks) 
 
SEREMBAN - Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mengingatkan semua pihak agar  tidak mempolitikkan peristiwa Memali yang berlaku 32 tahun lalu, demi kepentingan peribadi.  

Beliau berkata, tragedi berdarah itu juga tidak seharusnya menjadi bahan mengalihkan perhatian rakyat daripada isu lebih besar yang sedang melanda negara pada ketika ini seperti 1MDB, Altantuya dan MH370.

“Saya tidak pernah meremehkan isu Memali, apatah lagi memperkecilkan setiap orang yang terkorban sama ada polis atau penduduk kampung. Mereka mesti diberikan keadilan oleh negara.   

“RCI (suruhanjaya siasatan diraja) ini memang dituntut sejak dulu lagi. Tapi persoalannya, kenapa baru sekarang dibangkitkan balik dan ditujukan kepada (Pengerusi Bersatu) Tun Dr Mahathir (Mohamad)?

“Jadi, saya tidak mahu perkara ini dipolitikkan. Cara terbaik untuk membahas atau membincangkannya adalah menerusi RCI. Bukan dalam forum tepi jalan, Facebook atau alam maya,” katanya.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, pihaknya tetap menerima penubuhan RCI dan bersedia memberi penjelasan diperlukan suruhanjaya berkenaan.

“Saya juga berharap RCI ini akan jadi precedent, esok. Kita akan bawa, kalau kita mentadbir (negara).

“Kalau Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan SPRM   tak buat kerja, maka RCI balik untuk kamu,” katanya  selepas menyempurnakan perasmian Konvensyen Amanah Negeri Sembilan Kali ke-2 di Dewan Aspirasi, Lavender Heights, Senawang, semalam.

11 orang berkata:

Anonymous said...

Betul la salahudin cakap tu. Rci dituntut, mangsa perlu dibela. Cuma isu utama sekarang ialah kemelesetan ekonomi dan harta negara yg dirompak-yg tu isu utama.

Benda simple mcm tu pun pak karam susah nak faham ke? Hehehe mmg jenis bebal.

IrWrWs said...

Salahudin dah gabra lah tu.. kesiaann

Anonymous said...

Sebelum ini,,jika kerajaan tubuh rci dan berkemungkinan kebenaran yg bakal timbul merugikan umno krn tun masih dlm umno. Sbb itu kerajaan berdolak dalih. Sekarang dah berbeza,,org yg bertanggungjawab dah jadi musuh umno,,umno sekarang bukan umno zaman tun. Umno sekarang benci tun. Jadi,,jika benar rci ditubuhkan,,yg akan rugi ialah tun dan ppbm fan juga ph termasuk salahuddin pencacai dap ni. Yg untung ialah pas dan kerajaan. Kerana itu salehuddin cakap mcm mulut tong sampah,,busuk luar dalam.ingat kerajaan bodoh ka,,sudah tentu guna isu memali dll utk tunjuk kod rakyat siapa sebenarnya tun ni...he he..

Anonymous said...

Bodoh betul ko ni wan. Setaraf otak badi bin bawang je bagi komen

Anonymous said...

Rci memang perlu sebab kita boleh tahu banyak hal:

1. Betulkah madey dah cuti dan musa hitam memangku jawatan?

2. Betulkah ucapan hadi yg dijadikan amanat oleh pengikut totok tu jadi penyebab bughah menentang polis?

3. Betulkah ada org kata ada ajaran sesat syiah berdasarkan penemuan gambar gantung khomeini.

5. Betulkah syahid. Siapa isytihar syahid? Siapa layak boleh beri syahid kepada makhluk ini?

4. Betulkah balu bughah tu hidup sengsara sedangkan tabung sudah ditubuhkan?

Jadi rci memang WAJIB dibuat dan masa terbaik ialah sebelum pilihanraya.

Anonymous said...

Semua dah setuju rci. Apa lagi, buatlah.

Anonymous said...

Pak karam ni..orang sokong rci pun salah, tak sokong pun salah... Hadoi..kuat betul pak karam main politik nak bagi umno menang

Anonymous said...

Semua pemimpin parti pemerintah dan pembangkang termasuk madey sudah setuju RCI diadakan. Mintak pas dapat segerakan usaha menjayakan RCI ini sebelum pru14. Jangan cuma acah2 politik taik ayam sahaja.

Anonymous said...

Salahudin sokong rci pun salah. Tak sokong pun salah. Kuat betul wan hashim ni main politik

IrWrWs said...

Dia sokong ke tak sokong ke janji pas dah lama setuju nak RCI.. tapi kenapa lks buat uturn plk?

IrWrWs said...

Jom RCI memali dan pkfz juga..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.