'Tak perlu politikkan isu untuk kepentingan peribadi'
(Ubah saiz teks)
SEREMBAN - Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mengingatkan semua
pihak agar tidak mempolitikkan peristiwa Memali yang berlaku 32 tahun
lalu, demi kepentingan peribadi.
Beliau berkata, tragedi berdarah itu juga tidak seharusnya menjadi
bahan mengalihkan perhatian rakyat daripada isu lebih besar yang sedang
melanda negara pada ketika ini seperti 1MDB, Altantuya dan MH370.
“Saya tidak pernah meremehkan isu Memali, apatah lagi memperkecilkan
setiap orang yang terkorban sama ada polis atau penduduk kampung. Mereka
mesti diberikan keadilan oleh negara.
“RCI (suruhanjaya siasatan diraja) ini memang dituntut sejak dulu lagi.
Tapi persoalannya, kenapa baru sekarang dibangkitkan balik dan
ditujukan kepada (Pengerusi Bersatu) Tun Dr Mahathir (Mohamad)?
“Jadi, saya tidak mahu perkara ini dipolitikkan. Cara terbaik untuk
membahas atau membincangkannya adalah menerusi RCI. Bukan dalam forum
tepi jalan, Facebook atau alam maya,” katanya.
Bagaimanapun, Salahuddin berkata, pihaknya tetap menerima penubuhan RCI
dan bersedia memberi penjelasan diperlukan suruhanjaya berkenaan.
“Saya juga berharap RCI ini akan jadi precedent, esok. Kita akan bawa, kalau kita mentadbir (negara).
“Kalau Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan SPRM tak buat kerja,
maka RCI balik untuk kamu,” katanya selepas menyempurnakan perasmian
Konvensyen Amanah Negeri Sembilan Kali ke-2 di Dewan Aspirasi, Lavender
Heights, Senawang, semalam.
11 orang berkata:
Betul la salahudin cakap tu. Rci dituntut, mangsa perlu dibela. Cuma isu utama sekarang ialah kemelesetan ekonomi dan harta negara yg dirompak-yg tu isu utama.
Benda simple mcm tu pun pak karam susah nak faham ke? Hehehe mmg jenis bebal.
Salahudin dah gabra lah tu.. kesiaann
Sebelum ini,,jika kerajaan tubuh rci dan berkemungkinan kebenaran yg bakal timbul merugikan umno krn tun masih dlm umno. Sbb itu kerajaan berdolak dalih. Sekarang dah berbeza,,org yg bertanggungjawab dah jadi musuh umno,,umno sekarang bukan umno zaman tun. Umno sekarang benci tun. Jadi,,jika benar rci ditubuhkan,,yg akan rugi ialah tun dan ppbm fan juga ph termasuk salahuddin pencacai dap ni. Yg untung ialah pas dan kerajaan. Kerana itu salehuddin cakap mcm mulut tong sampah,,busuk luar dalam.ingat kerajaan bodoh ka,,sudah tentu guna isu memali dll utk tunjuk kod rakyat siapa sebenarnya tun ni...he he..
Bodoh betul ko ni wan. Setaraf otak badi bin bawang je bagi komen
Rci memang perlu sebab kita boleh tahu banyak hal:
1. Betulkah madey dah cuti dan musa hitam memangku jawatan?
2. Betulkah ucapan hadi yg dijadikan amanat oleh pengikut totok tu jadi penyebab bughah menentang polis?
3. Betulkah ada org kata ada ajaran sesat syiah berdasarkan penemuan gambar gantung khomeini.
5. Betulkah syahid. Siapa isytihar syahid? Siapa layak boleh beri syahid kepada makhluk ini?
4. Betulkah balu bughah tu hidup sengsara sedangkan tabung sudah ditubuhkan?
Jadi rci memang WAJIB dibuat dan masa terbaik ialah sebelum pilihanraya.
Semua dah setuju rci. Apa lagi, buatlah.
Pak karam ni..orang sokong rci pun salah, tak sokong pun salah... Hadoi..kuat betul pak karam main politik nak bagi umno menang
Semua pemimpin parti pemerintah dan pembangkang termasuk madey sudah setuju RCI diadakan. Mintak pas dapat segerakan usaha menjayakan RCI ini sebelum pru14. Jangan cuma acah2 politik taik ayam sahaja.
Salahudin sokong rci pun salah. Tak sokong pun salah. Kuat betul wan hashim ni main politik
Dia sokong ke tak sokong ke janji pas dah lama setuju nak RCI.. tapi kenapa lks buat uturn plk?
Jom RCI memali dan pkfz juga..
Post a Comment