Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENYATAAN YANG MENUJUKKAN KECEMASAN ?

'Pertahankan Rumah Umno, jangan dibiar roboh'

0
Ahmad Zahid Hamidi
Dr Ahmad Zahid Hamidi
 
JOHOR BAHRU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru ahli Umno sama-sama mempertahankan ‘Rumah Umno’ daripada dicerobohi pihak, termasuk beberapa bekas pemimpin, yang mahu melihat parti itu musnah.

Menyamakan parti keramat berusia 71 tahun itu sebagai ‘rumah’, Ahmad Zahid, naib presiden Umno yang menjalankan tugas timbalan presiden, berkata sememangnya menjadi tanggungjawab anggota parti untuk mempertahankan rumah itu daripada segala ancaman.

"Kita yang berada di rumah Umno ini, memang tanggungjawab kita menentukan bahawa jikapun rumah kita bertingkapkan kaca, berdindingkan besi, kita tidak mahu mana-mana tokoh atau bekas pemimpin atau individu cuba membaling batu ke cermin tingkap rumah kita," kata beliau ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini malam tadi.

Beliau mengakui bukan mudah untuk mempertahankan ‘rumah Umno’ yang telah berusia 71 tahun, namun tiang seri parti itu disifatkan masih kukuh dan perlu terus dipertahankan, selain dipermodenkan mengikut peredaran semasa.

"Rumah itu harus dipertahankan dan jangan dirobohkan untuk jadi rumah baru kerana tiang serinya masih kukuh, lantai yang mula bocor itu kita tampal dan jika boleh kita ganti lantai dengan lantai baru," tambah Ahmad Zahid, diringi tepukan gemuruh anggotaq perwakilan yang hadir.

Selain itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan semua anggota Umno bahawa pilihan raya umum PRU14 akan datang dianggap sebagai ibu kepada PRU dan merupakan satu peperangan besar bagi parti keramat itu.

"Sebagai pejuang parti, kita bukan pejuang materialistik tetapi untuk memastikan kemenangan, kita memerlukan komitmen semua untuk memastikan kemenangan pada pilhan raya akan datang," katanya.

Dalam masa sama, Ahmad Zahid turut meminta anggota Umno agar terus berjuang walaupun menghadapi apa jua bentuk cabaran yang datang.

"Itu semua perkara lama, kita kena ada daya tahan. Kita tidak boleh menoleh ke belakang. Bila kita pandu kereta, kita tidak boleh toleh ke belakang kerana kita akan kemalangan. Sesekali kita boleh jeling dan tengok cermin ke belakang.

"Ertinya kita tidak boleh menoleh ke belakang dalam perjuangan kita. Kita kena teruskan perjuangan kita," kata beliau.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Pulai yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Md Jais Sarday.-Bernama

17 orang berkata:

Anonymous said...

Puok2 pasik akan pertahankan rumah umno hingga hujung nyawa..asalkan jgn ph yg memerintah..

Anonymous said...

Kalau lobai2 kelodai badi bin bawang si barua jo lo tu bantu, insyaallah rumah jahit akan dpt dikekalkan

Anonymous said...

Sprm ni buat kerja tak betul ni. Pas yg rasuah kuat tak p tangkap,,kapiag dap yg suci sesuci seperti mat sabu khalwat bini kawan tu hampa p tangkap...ki ki...

Anonymous said...

Pertahankan rumah kita drp dirobohkan pas dan pakatun

Anonymous said...

Keldai mabuk je yg kata bagi hadiah kereta kat badi bin bawang tu bukan rasuah.

Anonymous said...

Kereta tu sumbangan la.

Sumbangan tolong dpt projek.
Sumbangan tu kira derma. Bukan rasuah

Anonymous said...

Kalu jadi barua jo lo, mesti puas hati. Sbb tu dah dekat pru14 jumpa barua jo lo. Jilat kaki jo lo

Anonymous said...

Kalu mak ko nak dpt hadiah kereta mcm badi bin bawang, suruh mak ko bagi servis kat badi bin bawang

Anonymous said...

SOKONG PEMIMPIN, PEMIMPIN JADI KOYO ROYO, AHLI AHLI DAPAT APA?? KALAU PEMIMPIN OK, AMANAH SELAMATLAH TAPI KALAU PEMIMPIN TAK AMANAH, MENYELEWENG, BUAT PERKARA YANG MELANGGAR UNDANG UNDANG SAN AJARAN AGAMA ISLAM, PENYOKONG PUN SAMA TANGGUNG DAN AKAN DISOAL DIAKHIRAT KELAK, DARI ITU BERFIKIRLAH SEBELUM MENYOKONG, KALAU PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO JUJUR, AMANAH SOKONGLAH , TETAPI SEKIRANYA PEMIMPIN PEMIMPIN TIDAK AMANAH, JANGAN SOKONG , RUMAH UMNO NAK PUNAH RANAHPUN BIARKAN .....

Anonymous said...

Puak pas@pigs akan mempertahan kan rumah umno.
Jangan risau , kami bersama umno
Janji ongkos nya ada
Tidak sempurna hidup kalau tidak dibentangi dengan duit.
Kami rela mengeluarkan fatwa menghalalkan cara.
Duit yang banyak jaminan hidup bahagia.
Pas dibelakang mu umno.
Bersama menghancurkan parasit yang ingin merosakkan rumah umno .
Hidup umno Hidup Pas

Anonymous said...

Cakap aje pandai tapi jolo jugak yg ko pilih. Ptuiii

Anonymous said...

Aku sokong lobai.
Manalah tau kot2 dapat merasa dedak jo lo

Anonymous said...

Bodoh.
Nama je parti islam tapi sanggup jadi pencuci taik dalam 1mdb.

IrWrWs said...

🚩/RUU RUU355 RUU164 👐🏽
UMNO ✔️ ✔️ 👌🏽
PAN ❌ ✔️ 👎🏽
PAS ✔️ ❌ 👍🏽

Wan geng Tar Snake Cagu said...

1MDB

UMNO: /
JO LO: /
PAN: X
PAS: /

IrWrWs said...

Tak boleh terima hakikat lah tu.. 5% only bro!

Unknown said...

شركة قمة الدقة للخدمات المنزلية
شركة سامس لمكافحة الحشرات
شركة مكافحة حشرات بالاحساء

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.