'Pertahankan Rumah Umno, jangan dibiar roboh'
JOHOR BAHRU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi menyeru ahli Umno sama-sama mempertahankan ‘Rumah Umno’ daripada
dicerobohi pihak, termasuk beberapa bekas pemimpin, yang mahu melihat
parti itu musnah.
Menyamakan parti keramat berusia 71 tahun itu sebagai ‘rumah’, Ahmad
Zahid, naib presiden Umno yang menjalankan tugas timbalan presiden,
berkata sememangnya menjadi tanggungjawab anggota parti untuk
mempertahankan rumah itu daripada segala ancaman.
"Kita yang berada di rumah Umno ini, memang tanggungjawab kita
menentukan bahawa jikapun rumah kita bertingkapkan kaca, berdindingkan
besi, kita tidak mahu mana-mana tokoh atau bekas pemimpin atau individu
cuba membaling batu ke cermin tingkap rumah kita," kata beliau ketika
berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pulai di
Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini malam tadi.
Beliau mengakui bukan mudah untuk mempertahankan ‘rumah Umno’ yang
telah berusia 71 tahun, namun tiang seri parti itu disifatkan masih
kukuh dan perlu terus dipertahankan, selain dipermodenkan mengikut
peredaran semasa.
"Rumah itu harus dipertahankan dan jangan dirobohkan untuk jadi rumah
baru kerana tiang serinya masih kukuh, lantai yang mula bocor itu kita
tampal dan jika boleh kita ganti lantai dengan lantai baru," tambah
Ahmad Zahid, diringi tepukan gemuruh anggotaq perwakilan yang hadir.
Selain itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan semua anggota Umno bahawa
pilihan raya umum PRU14 akan datang dianggap sebagai ibu kepada PRU dan
merupakan satu peperangan besar bagi parti keramat itu.
"Sebagai pejuang parti, kita bukan pejuang materialistik tetapi untuk
memastikan kemenangan, kita memerlukan komitmen semua untuk memastikan
kemenangan pada pilhan raya akan datang," katanya.
Dalam masa sama, Ahmad Zahid turut meminta anggota Umno agar terus
berjuang walaupun menghadapi apa jua bentuk cabaran yang datang.
"Itu semua perkara lama, kita kena ada daya tahan. Kita tidak boleh
menoleh ke belakang. Bila kita pandu kereta, kita tidak boleh toleh ke
belakang kerana kita akan kemalangan. Sesekali kita boleh jeling dan
tengok cermin ke belakang.
"Ertinya kita tidak boleh menoleh ke belakang dalam perjuangan kita. Kita kena teruskan perjuangan kita," kata beliau.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Pulai yang juga Timbalan Menteri Dalam
Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno
Johor, Datuk Md Jais Sarday.-Bernama
17 orang berkata:
Puok2 pasik akan pertahankan rumah umno hingga hujung nyawa..asalkan jgn ph yg memerintah..
Kalau lobai2 kelodai badi bin bawang si barua jo lo tu bantu, insyaallah rumah jahit akan dpt dikekalkan
Sprm ni buat kerja tak betul ni. Pas yg rasuah kuat tak p tangkap,,kapiag dap yg suci sesuci seperti mat sabu khalwat bini kawan tu hampa p tangkap...ki ki...
Pertahankan rumah kita drp dirobohkan pas dan pakatun
Keldai mabuk je yg kata bagi hadiah kereta kat badi bin bawang tu bukan rasuah.
Kereta tu sumbangan la.
Sumbangan tolong dpt projek.
Sumbangan tu kira derma. Bukan rasuah
Kalu jadi barua jo lo, mesti puas hati. Sbb tu dah dekat pru14 jumpa barua jo lo. Jilat kaki jo lo
Kalu mak ko nak dpt hadiah kereta mcm badi bin bawang, suruh mak ko bagi servis kat badi bin bawang
SOKONG PEMIMPIN, PEMIMPIN JADI KOYO ROYO, AHLI AHLI DAPAT APA?? KALAU PEMIMPIN OK, AMANAH SELAMATLAH TAPI KALAU PEMIMPIN TAK AMANAH, MENYELEWENG, BUAT PERKARA YANG MELANGGAR UNDANG UNDANG SAN AJARAN AGAMA ISLAM, PENYOKONG PUN SAMA TANGGUNG DAN AKAN DISOAL DIAKHIRAT KELAK, DARI ITU BERFIKIRLAH SEBELUM MENYOKONG, KALAU PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO JUJUR, AMANAH SOKONGLAH , TETAPI SEKIRANYA PEMIMPIN PEMIMPIN TIDAK AMANAH, JANGAN SOKONG , RUMAH UMNO NAK PUNAH RANAHPUN BIARKAN .....
Puak pas@pigs akan mempertahan kan rumah umno.
Jangan risau , kami bersama umno
Janji ongkos nya ada
Tidak sempurna hidup kalau tidak dibentangi dengan duit.
Kami rela mengeluarkan fatwa menghalalkan cara.
Duit yang banyak jaminan hidup bahagia.
Pas dibelakang mu umno.
Bersama menghancurkan parasit yang ingin merosakkan rumah umno .
Hidup umno Hidup Pas
Cakap aje pandai tapi jolo jugak yg ko pilih. Ptuiii
Aku sokong lobai.
Manalah tau kot2 dapat merasa dedak jo lo
Bodoh.
Nama je parti islam tapi sanggup jadi pencuci taik dalam 1mdb.
🚩/RUU RUU355 RUU164 👐🏽
UMNO ✔️ ✔️ 👌🏽
PAN ❌ ✔️ 👎🏽
PAS ✔️ ❌ 👍🏽
1MDB
UMNO: /
JO LO: /
PAN: X
PAS: /
Tak boleh terima hakikat lah tu.. 5% only bro!
شركة قمة الدقة للخدمات المنزلية
شركة سامس لمكافحة الحشرات
شركة مكافحة حشرات بالاحساء
Post a Comment