(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Pas Selangor menggesa kerajaan Persekutuan supaya segera
menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat kembali
peristiwa Memali serta pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian
tersebut.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, penubuhan
suruhanjaya itu juga perlu bagi menjelaskan kepada rakyat apa yang
sebenarnya berlaku dalam peristiwa berkenaan.
“Peristiwa Memali ini berlaku semasa era pemerintahan bekas perdana
menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pas Selangor berpandangan sudah
sampai masanya peristiwa berdarah ini dibongkar untuk mendapatkan
gambaran sebenar kenapa, mengapa dan bagaimana peristiwa ini berlaku.
“Kami mengharapkan satu siasatan terperinci bagi mengenal pasti
siapakah dalang sebenar di sebalik peristiwa berdarah ini dan mereka
yang bertangggungjawab harus ke muka pengadilan untuk diadili dengan
sebaiknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata Pas Selangor turut melahirkan rasa kecewa di atas ‘sikap
lepas tangan’ pemimpin tertentu yang dikaitkan dalam peristiwa itu
selain beberapa bekas pemimpin Pas yang dilihat mempertahankan pemimpin
berkenaan.
Sebelum ini, tercetus kekecohan dalam forum Nothing To Hide 2.0 yang
berlangsung di Dewan Raja Muda Musa di sini, apabila peserta forum
dilaporkan tidak berpuas hati dengan jawapan Dr Mahathir yang juga
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung peristiwa
Memali.
Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985 itu, menyaksikan 18
orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera
ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud
atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya. - Bernama
10 orang berkata:
Bapak kandung dia sendiri pun kata ajaran sesat...
Aku no komen. Buatlah rci tabung mamali sekali. 2 in one.
Setuju sesangat.. kita bongkar siapa CNI al-auta sebenarnya.. tak dapat dedak terus meroyan.. keh keh..
sokong, semoga tun M Xgelabah, sebab doa dia panjang umur utk lihat kerosakkan yg dia buat akan termaqbul.
Ishhh pas kena buat rci ni
Mudah2an tun panjang umur dan dapat melihat umno dan pas mati dulu.
Ishhhh ni pas kena buat rci ni
Tak rasa nak kena buat RCi ke kenapa jadi 1%? Keh keh..
Ucapan Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada 1981 yang dikenali sebagai 'Amanat Hadi' mempengaruhi Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya sehingga terjebak melakukan kegiatan yang mengancam keselamatan negara.
SIASATAN oleh Suruhanjaya Diraja (RCI) terhadap peristiwa Memali yang berlaku 32 tahun lalu hanya akan mendedahkan peranan presiden PAS sebagai punca tragedi berdarah itu, kata bekas ketua polis negara, Abdul Rahim Noor.
Kita kalau tak layan kesian jgk puak-puak 1%.. mula2 tun m menyendeng pd ph kemudian rahim tumbuk pulak.. dorang ni mintak dosa disucikan oleh ph.. kan dlm dap ramai kristian evangelis bolehlah kut nak ampunkan..
ReplyDelete
Rci 1% ke?
Post a Comment