Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAH RCI FOR MEMALI

DEMI KEADILAN UNTUK SEMUA

-Pak Karamu-

 

Pas Selangor gesa tubuh RCI Memali

0
Sallehen Mukhyi
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Pas Selangor menggesa kerajaan Persekutuan supaya segera menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat kembali peristiwa Memali serta pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, penubuhan suruhanjaya itu juga perlu bagi menjelaskan kepada rakyat apa yang sebenarnya berlaku dalam peristiwa berkenaan.

“Peristiwa Memali ini berlaku semasa era pemerintahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pas Selangor berpandangan sudah sampai masanya peristiwa berdarah ini dibongkar untuk mendapatkan gambaran sebenar kenapa, mengapa dan bagaimana peristiwa ini berlaku.

“Kami mengharapkan satu siasatan terperinci bagi mengenal pasti siapakah dalang sebenar di sebalik peristiwa berdarah ini dan mereka yang bertangggungjawab harus ke muka pengadilan untuk diadili dengan sebaiknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Pas Selangor turut melahirkan rasa kecewa di atas ‘sikap lepas tangan’ pemimpin tertentu yang dikaitkan dalam peristiwa itu selain beberapa bekas pemimpin Pas yang dilihat mempertahankan pemimpin berkenaan.

Sebelum ini, tercetus kekecohan dalam forum Nothing To Hide 2.0 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa di sini, apabila peserta forum dilaporkan tidak berpuas hati dengan jawapan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung peristiwa Memali.

Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985 itu, menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya. - Bernama

10 orang berkata:

Anonymous said...

Bapak kandung dia sendiri pun kata ajaran sesat...

Aku no komen. Buatlah rci tabung mamali sekali. 2 in one.

IrWrWs said...

Setuju sesangat.. kita bongkar siapa CNI al-auta sebenarnya.. tak dapat dedak terus meroyan.. keh keh..

Anonymous said...

sokong, semoga tun M Xgelabah, sebab doa dia panjang umur utk lihat kerosakkan yg dia buat akan termaqbul.

Anonymous said...

Ishhh pas kena buat rci ni

Anonymous said...

Mudah2an tun panjang umur dan dapat melihat umno dan pas mati dulu.

Anonymous said...

Ishhhh ni pas kena buat rci ni

IrWrWs said...

Tak rasa nak kena buat RCi ke kenapa jadi 1%? Keh keh..

Anonymous said...

Ucapan Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada 1981 yang dikenali sebagai 'Amanat Hadi' mempengaruhi Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya sehingga terjebak melakukan kegiatan yang mengancam keselamatan negara.

SIASATAN oleh Suruhanjaya Diraja (RCI) terhadap peristiwa Memali yang berlaku 32 tahun lalu hanya akan mendedahkan peranan presiden PAS sebagai punca tragedi berdarah itu, kata bekas ketua polis negara, Abdul Rahim Noor.

IrWrWs said...


Kita kalau tak layan kesian jgk puak-puak 1%.. mula2 tun m menyendeng pd ph kemudian rahim tumbuk pulak.. dorang ni mintak dosa disucikan oleh ph.. kan dlm dap ramai kristian evangelis bolehlah kut nak ampunkan..

ReplyDelete

IrWrWs said...

Rci 1% ke?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.