Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADUUUYAI, APA SUDAH JADI MALAYSIA ?


Tuesday, January 29, 2019

Isu Memalukan Seluruh Sistem Kehakiman Malaysia - Peguam Negara Letak Jawatan?

Rakyat perlu fahami berita ini kerana isunya telah memalukan Jabatan Peguam Negara dan seluruh sistem perundangan Malaysia!

Ianya digelar 'Black Monday for the rule of law' yang mendakwa Peguam Negara telah memberi maklumat yang salah sehinggakan tribunal tampak bangang kerana fungsinya untuk pecat ahli2 SPR jika ada kesalahan TAPI mereka telah pun meletakkan jawatan!

Dan jika benar ada kesalahan, PRU14 boleh dianggap tidak sah dan PRU perlu diadakan semula?

Apakah ini bermaksud Peguam Negara patut meletak jawatan secara sukarela kerana isu yg amat memalukan ini?? Jika isu yg skala besar seperti ini, beliau patut lakukannya tanpa berdolak-dalih.

Tapi to be fair, kita perlu juga mendapatkan penjelasan daripada Peguam Negara tentang isu 'salah maklumat' ini. Lebih-lebih lagi ianya grossly obvious. Atau mungkin ada skrip lain yg dirancang oleh Mahathir?

Anda baca:
Penubuhan tribunal untuk menyiasat salah laku Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika kesemua ahlinya sudah meletakkan jawata disifatkan sebagai tragedi yang memalukan Jabatan Peguam Negara dan sistem perundangan Malaysia keseluruhannya.
Malah, peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz, yang mewakili empat daripada enam bekas ahli SPR menggelar prosiding tribunal pada hari ini sebagai 'black Monday for the rule of law'.

Meletakkan beban itu ke atas bahu Peguam Negara, Tommy Thomas, peguam itu mendakwa, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diberikan maklumat yang salah dan kesannya, keputusan kerajaan menubuhkan tribunal adalah memalukan semua pihak.
Tegasmya, bidang kuasa tribunal cuma dua, menyiasat salah laku dan jika disabitkan salah, mereka boleh menyingkirkan ahli-ahli SPR berkenaan.
Namun, kuasa terbabit sudah hilang kuasa kerana enam ahli SPR yang dipertikaikan telah meletakkan jawatan berkuatkuasa 1 Januari lalu, 27 hari sebelum tribunal bermula.
"Berdasarkan kepada dokumen, aduan adalah daripada Bersih yang menulis surat kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri ajukan kepada Peguam Negara. Bertindak atas surat itu, Peguam Negara menasihatkan Perdana Menteri untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan tribunal ini.
"Jadi tribunal ini ditubuhkan semata-mata berdasarkan kepada aduan dari Bersih dengan 13 pertuduhan. 10 daripadanya adalah dakwaan dibuat Bersih, yang kemudian diterjemah ke dalam bahasa Inggeris sebagai pertuduhan ke atas anak guam kami," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tribunal lima anggota hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong selesai membuat prosiding terhadap kes tersebut di sini semalam.
Empat lagi hakim adalah Tan Sri Zaleha Zahari, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham.
Dalam pada itu, Mohd. Khairul Azam menjelaskan, jika Peguam Negara berpandangan, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu wujud salah laku, maka, keseluruhan proses pilihan raya termasuk keputusan yang berpihak kepada Pakatan Harapan (PH) adalah tidak sah.

"Disebabkan Peguam Negara mempersoalkan ke absahan PRU-14, (dakwa) ada salah laku, (keputusan) boleh jadi tak sah dan terbatal, kita perlu kepada pilihan raya umum baharu dan kita akan ada Perdana Menteri baharu, Peguam Negara baharu dan segala baharu.
"Anda (Peguam Negara) yang membuka pintu, saya suka untuk masuk (mengambil tindakan undang-undang susulan)," katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Kah kah,,,betapa bodohnya peguam negara yg dilantik kerajaan ph ni. Sama bodoh dgn india mabuk todi ja. Yg mengundi ph pun bodoh, yg jd pm pun penyamun 22 tahun 3 org anak penyamun jg billionaire, menteri keewangan tak kenal titik perpuluhan,,,bodoh,,bodoh,,,

Anonymous said...

salam semua binatang2 peliharaan ph....la mana pegi binatang2 ph, dah boikot blog ni ke..rilek la binatang2 ph semua..x kan nak boikot..kasi meriah la..lepas makan taik tengahari kang binatang2 ph masuk balik tau kasi meriah..hehe

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.