Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Perkataan Allah Apa Masalahnya ?

Salam

IKHLAS DARI PAK KARAMU

Apa masalahnya orang bukan islam menggunakan perkataan ALLAH ? Bukankah perkataan ALLAH itu ZatNya yang maha agong yang tetapkan dengan nama tersebut, dan bukankah Allah sendiri yang mahukan hambanya memanggil dirinya sebagai Allah ? Apabila ALLAH menurunkan kalamNya maka perkataan ALLAH itu di perintahkanNya supaya di seru untuk bagi diriNya dan untuk semua bangsa tak kira agama, cubalah baca Al Fatihah ayat satu yang menunjukkan Allah sendiri yang tetapkan RububiyahNya

Perlu di ingat bahawa semua bangsa dalam dunia ini percaya kepada Tauhid Rububiyah yang mengakui ALLAH sebagai Tuhan mereka akan tetapi yang mereka tak percaya ialah Uluhiyah sahaja sebagaimana mereka tidak percaya kepada kitab yang menetapkan cara beruluhiyah, kalau nak kira orang melayu juga tak boleh gunakan perkataan ALLAH, yang mereka boleh gunakan ialah perkataan TUHAN sahaja kecuali mereka yang beragama islam

Dalam masalah Rububiyah ini ahli kitablah yang dahulu menggunakan perkataan Allah dalam kitab taurat,zabur dan Injil, saya masih ingat lagi semasa sekolah inggeris di Assumption dahulu (Fathernya bernama Key orang Burma) dia menerangkan terjemahan Al Fatihah dengan terus menggunakan perkataan ALLAH mulanya saya berasa janggal juga akan tetapi apabila di selidiki maka fahamlah saya bahawa rupanya agama dia yang pakai perkataan itu dulu, masa tu saya memang bangang macam bangangnya UMNO sekarang juga

12 orang berkata:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Tuan,

Memang benar zat-zat Allah swt pada perkataan ALLAH itu sendiri. Satu pun kita tak pertikaikan dan kita memang maklum walaupun satu masa dulu mungkin kebanyakan kita 'bangang' atau 'jahil'.

Terfikirkah Tuan mengapa setelah sekian lama, mereka semua tiba-tiba sahaja mahu menggunakan perkataan Allah menggantikan The Lord, God atau Jesus Christ atau Christ??

Bagaimana pula rancangan jangka panjang mereka yang halus dan licik dengan penuh kesabaran yang tinggi mahu mengelirukan khasnya muda mudi atau kalimat Allah mereka pada waktu itu sama dengan kalimah Allah kita? Pada masa itu Tuan dan saya mungkin sudah tidak ujud lagi dibumi Allah ini untuk marah sesiapa atau menyalahkan sesiapa?

Adakah Tuan benar-benar seratus peratus percaya pada mereka? Bahawa mereka mahukan kalimah Allah exclusive untuk mereka TANPA ada MOTIF lain?????

anakmuaallaf said...

Salam Pak,
Masih ramai lagi yang tak faham.Rubbubiyah dengan Ulluhiyah pun mereka tak tahu beza..
Yang mereka tahu Melayu Melayau..

Unknown said...

Salam Pak Karamu,

memang benar apa yang dikatakan oleh Pak. Cuma generasi kita yang akan datang mungkin tidak dapat membezakan antara Allah yang kita sembah dengan Allah yang bangsa lain sembah. Sebab itu diturunkan surah Al Kafirun dimana terjemahan di ayat terakhir, aku ugama aku, engkau agama engkau.

Anonymous said...

Kot2 yang bukan Islam akan menjadi Islam, sebab tu dia nak juga guna nama Allah, yang ngaku Islam sekarang ni macam mana?

Anonymous said...

Kita orang Islam ni ramai sebut nama Allah tak berapa betul, tulis nama Allah tak berapa pandai,macam mana nak pertahankan kalimah tersebut

paksuu said...

bagi Paksuu ada kemungkinan jgk musuh Islam merancang strategi baru dgn memohon guna nama Allah swt ni

C++ said...

Bhai...

Gua punya pandangan plak..

Biarlah diorang guna perkataan Allah tue.. sebab mana lah tahu dengan banyak kali diorang dengar perkataan tue.. boleh terbuka rahmat Allah keatas mereka sehingga mereka dapat menerima hidayah.... Manalah tahu....

Allah adalah Tuhan sekalian alam ... dan wajib disembah oleh sekalian alam... tidak kira yang kafir, musyrik mahupun yang Islam dan beriman.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan" - Surah Ar-Rahman

Anonymous said...

Kenapa Kristian tak guna nama Elloh atau Elohim merujuk nama yang tertulis dalam kitab mereka.
Kenapa baru sekarang sibuk nak cari nama Allah. Kenapa masa masuk menjajah dulu tak sebut nama Allah.

Tak menjadi masalah mengguna perkataan Allah bagi orang yang ada ilmu. Kalau ilmu 'zero' macam mana.

Budak2 sekarang ilmu 'mantik' dia hebat. Kalau pendakyah Kristian tanya mereka 'mana lebih power... Allah dengan anaknya Isa atau Allah dengan hambaNya Muhammad'.

Sekiranya kalau ditanya kepada budak2 yang ditangkap khalwat pada tahun baru sudah..apa akan mereka jawab.

singamaraja said...

Ahlan Wa Sahlan

Hujah kalian ada benernya dan ada lemahnya, jika kita rajin menyelidiki maka kita dapati yang berhak memerintahkan manusia supaya memanggil Tuhan itu Allah adalah Zat Tuhan itu sendiri, makanya kita ini siapa untuk merobek kehendak Allah, coba rajin-rajin baca Al Quran

Memang UMNO ada alasan untuk takut perkataan islam ini di gunakan oleh orang-orang ahli kitab namun persoalannya apa ? Kelemahan kerajaan yang memerintah gagal atau memadamkan sujek akidah di sekolah membuatkan mereka menjadi takut dan keuntuhan ilmu akidahlah yang menakutkan UMNO kepada orang kristian menggunakan perkataan islam so salah siapa ?

~PakKaramu~ said...

Salam

Persoalannya ialah JIKA Allah sendiri yang mahukan semua manusia memanggilnya ALLAH maka apa daya kita nak pertikaikannya ? persoalam mengapa baru sekarang mereka menuntut menggunakannya itu bukan alasan kita untuk menahan kehendak Allah dan juga kehendak mereka

Orang melayu tolong faham bahawa orang yahudi dan Nasrani dan bangsa lain atau agama lain mereka memang percaya dengan Rububiyah tapi mereka tak percaya dengan Uluhiyah, itu sbab saya kata kita yang nak tempelak ni pun tak faham tapi ikut serta berikan pandangan sepatutnya belajar la dulu

Sebenarnya apa yang di kuatiri oleh orang melayu sekarang ini sebenarnya tiada asas kerana isu ini sebenarnya adalah isu perangkap UMNO kepada PAS supaya melayu bersatu, tapi melayu tak mu ngkin bersatu melainkan islamlah yang perlu bersatu

Dari sudut ilmiyah maka kerajaanlah yang patut di persalahkan kerana sudah tidak peduli dengan ilmu akidah lagi, bila tiba masa isu ini barulah nak bisiang-bising takutkan akidah orang melayu rosak binasa, namun apa nak gadohkan akidah orang melayu rosak asalkan akidah umat islam yang rosak

Anonymous said...

Kalau takde masalah, saya rasa ini antara strategi jangka panjang PAS ke arah sebuah Negara Islam kot? hu hu hu

r.k said...

Pakkaramu,

Tuhan mempunyai pelbagai nama dari segi kepelbagaian agama yang ada .

Yahweh
Krishna-Vasudeva
Deus
Ishvara
El
Bog
The Lord
Jesus

banyak lagi tuan , bukankah elok menggunakan nama Tuhan masing-masing bersama fahaman masing-masing ? Biarlah hanya Islam menggunakan kalimah Allah.

Tuan pasti Allah SWT mahu semua manusia memanggilNya sebagai Allah ? atau tersiratnya manusia faham zat dan sifat Allah serta beriman pada jalannyaNya? Kenal Allah dan bertaqwa ?

Apa tuan pasti Allah mahu manusia merujuk Jesus sebagai Allah ? kerana Jesus bukan Allah .

Tentang father Key, beliau menerjemahkan Al Fatihah dengan terus dengan kalimah Allah kerana merujuk Allah itu Allah . bukannya Jesus itu Allah , bukan ?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.