Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEMUA TERLIBAT DIPANGGIL POLIS

Video seks: Semua terlibat dipanggil

KUALA LUMPUR 24 Mac - Semua individu yang dikaitkan dengan rakaman dan penyebaran video seks yang melibatkan seorang pemimpin pembangkang akan disiasat dan dikenakan tindakan sekiranya didapati terlibat sama.

Tindakan itu termasuk individu yang melakukan hubungan seks di dalam rakaman video tersebut.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan itu akan dijalankan oleh satu pasukan khas di peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang telah ditubuhkan.

Menurut beliau, pasukan khas itu akan mengambil keterangan daripada sesiapa sahaja yang dikenal pasti dan dapat membantu penyiasatan.

"Walaupun siasatan dijalankan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedar bahan lucah, tetapi semakan semula akan dibuat selepas semua maklumat dikumpul.

"Cuma buat masa ini, beri peluang kepada pasukan siasatan itu untuk melakukan penyiasatan mereka dengan profesional, jangan tohmah polis dan mengeluarkan pelbagai spekulasi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kenangan Bersama Veteran VAT 69 Komando Polis di sebuah hotel di sini hari ini.

Ismail juga enggan mengulas lanjut mengenai jumlah individu yang telah dipanggil bagi membantu siasatan.
Malah, beliau enggan mengesahkan sama ada video tersebut telah diserahkan kepada polis setakat petang semalam.

1 orang berkata:

Penditakainsingkat said...

Salam Tuan,

Sewajarnya mereka yang terlibat dikenakan hukuman yang setimpal.

Rakyat tentulah sangat berharap negara ini terus aman dan membangun.

Konspirasi politik tidak patut menjadi agenda utama pemimpin dalam usaha memenuhi cita-cita politik.

Agama kitapun melarang, etika kemanusiaan juga tidak menerima sebarang bentuk konspirasi untuk memenuhi cita-cita dalam apa bidang sekalipun.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.