Kesal tindakan Husam kacau ceramah
KOTA BHARU - Pemuda Pas Negeri, selaku penganjur ceramah ‘Husam Lari
dari Debat Baiah’ kesal dengan tindakan provokasi yang berlaku ketika
ceramah tersebut berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di
sini, malam tadi.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa, provokasi yang ditimbulkan
sendiri Adun Salor, Datuk Husam Musa itu dilihat sebagai tindakan sangat
tidak profesional.
“Kami amat kesal dengan tindakan provokasi yang berlaku kerana majlis
ini sepatutnya berlangsung dengan aman, tiada sebarang gangguan namun
dikejutkan dengan kehadiran pihak- pihak yang datang untuk buat kacau
dan berucap.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh: Husam 'serang' ceramah Pas]
“Sebagai penganjur, kami tidak boleh benarkan mana- mana individu di
luar permit untuk berucap, jika dibenarkan juga, kami dianggap bersalah
dari segi undang-undang.
“Sebab itu kami ambil keputusan untuk tidak benarkan mana-mana pihak
berucap kecuali mereka yang telah kami pohon terdahulu. Secara
peribadinya, saya tidak jangkalah seorang bekas pimpinan yang pernah ada
dalam kerajaan bersikap tidak profesional seperti ini,” katanya kepada
media selepas ceramah berkenaan.
Malam tadi ceramah "Husam Lari dari Debat Baiah" bertukar kecoh apabila
Husam tiba-tiba muncul di lokasi itu dan duduk di atas pentas ceramah
Pas.
8 orang berkata:
Patutlah walaun2 Pas dah jd biol. Tajuk ceramah..Husam lari dari debat baiah..bila empunya diri yg difitnah hadir dipentas dikata kacau ceramah pulak. Berdebatlah secara langsung..Dasar parti jual agama mangkuk ayun hamPAS 90juta.
Berikut adalah kronologi kehadiran Husam.
1) Husam dijemput hadir oleh ustaz Azarizal (ustaz Jaa). Husam hadir. Dia akur.
2) Husam duduk di bawah. Di tempat penonton. Dia akur.
3) Husam dijemput naik ke pentas oleh Wan Ismail. Husam naik ke pentas. Dia akur.
4) Husam minta dengan pengerusi majlis - Nazman utk bagi ruang sedikit utk berucap.
5) Nazman bincang dengan Nasaruddin. Dan Nazman maklumkan Nasaruddin x bagi Husam berucap. Husam duduk diam di pentas. Dia akur.
6) Penyokong pas datang dan buat provokasi. Pihak Keselamatan program datang dan gocoh penyokong pas sendiri.Husam tak kata apa. Dia akur.
7) Penganjur berjumpa Husam. Dan minta Husam balik dan tidak berada di ceramah tersebut. Dia akur. Husam beransur, tidak berada di tempat program. Dia akur.
HUSAM DIPERSALAH KERANA DIKATA KACAU CERAMAH?
Puak walaunta mmg bodoh. Bila husam ajak berdebat semua menikus mencicit lari mcm tak cukup tanah. Itulah bahana bila byk sangat cium taik presiden. Presiden pun sama, baham dedak rm90juta. Hahaha mmg parti hampas.
Nak saman SR takut.
Nak saman Husam takut.
Nak pecat mahfuz takut.
Nak dengar Husam cakap 5 minit lagi la takut.
Oiiiii untaa2, potong aje la telo ko tu bagi kat hanjing
Husam datang sbb dipelawa melalui media. Husam Minta kebenaran utk cakap 5 minit bg bersihkan namanya. Dayus kalau biarkan org burukkan nama kita tapi kita tak ambil tindakan. Husam bukan dayus tapi pemuda yg pelawa Husam dtg tu pondan agaknya.
Pondan2
Ahli2 pas janganlah jadi "lumazah". Berundurlah semula ke Jalan yg diredai Allah seperti dahulu.
Lebai2 pondan penunggang agama.
Post a Comment