Ini bukan cakap kosong: Hadi
KUALA LUMPUR - "Ini bukan cakap kosong, tapi ini perintah al-Quran,"
demikian kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapannya
di Himpunan 355 Padang Merbok, malam ini.
Menurutnya, taraf mahkamah syariah adalah untuk membolehkan syariat ALLAH boleh dilaksanakan.
"Jadi, untuk boleh dilaksanakannya perlu ada mahkamah yang tinggi tarafnya.
"Di atas kewajipan ini kita tunaikan tanggungjawab kita," katanya.
Beliau turut menekankan, perkara ini tidak menyentuh hak orang bukan
Islam kerana perlembagaan persekutuan mengatakan mahkamah syariah bidang
kuasanya terhadap orang Islam sahaja.
Tambahnya, mahkamah syariah tidak boleh menghukum orang bukan Islam.
"Ini bukan cakap kosong, tapi ini perintah al-Quran. Al-Quran menjamin
kebebasan beragama. Islam melarang kita memaki orang bukan Islam.
"Oleh kerana itu, kita benarkan orang bukan Islam menyambut perayaan
mereka. Tidak ada sebab orang bukan Islam menentang RUU, tak ada sebab
mereka membantah perkara berkaitan umat Islam," katanya.
Jelasnya lagi, umat Islam perlu istiqamah dan orang bukan Islam juga
perlu hormati perpaduan ini. Sudah tiba masanya untuk kita muhasabah,
katanya.
"Saya harapkan usaha RUU355 ini dapat dipanjangkan agar kejayaan ini
dapat dicapai dan dilihat oleh rakyat betapa hikmahnya undang-undang ini
sama ada terhadap Islam atau bukan Islam," katanya.
Pada 24 November lepas, Abdul Hadi membawa usul Rang Undang-Undang
(RUU) Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang
Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat untuk memperkasakan
mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.
RUU itu bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355.
2 orang berkata:
Sbb kau pun suka kacau orang bukan Islam.
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [9004] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 750 JUTA , wassalam.
Post a Comment