Pimpinan Kerajaan Kelantan tidak 'gentleman'
KOTA BHARU - Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah), Husam Musa hari
ini membidas pimpinan kerajaan Kelantan yang didakwa tidak memberi ruang
untuk berdebat dan berucap di pentas program 'Husam Lari Dari Debat
Baiah' yang berlangsung malam tadi.
Menyifatkan pimpinan kerajaan Kelantan tidak 'gentleman', katanya,
beliau kecewa apabila peluang untuk berdebat dihalang oleh Adun Meranti,
Datuk Nasaruddin Daud.
"Ingatkan malam ini debat bai'ah akan berlangsung. Malang! Bukan Husam
lari. Husam mari.
Namun, ia hanya menjadi majlis mempamerkan pimpinan
Kerajaan Kelantan tidak gentleman.
"Jangkaan saya akan diberi berucap sepatah dua meleset. Untuk makluman
Meranti (Nasaruddin) saya masih bersedia berdebat bila-bila masa dengan
beliau," katanya dalam kenyataannya menerusi Facebook, malam tadi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh: Husam 'serang' ceramah Pas]
Suasana tenang di Ceramah "Husam Lari dari Debat Baiah" bertukar riuh
apabila Husam tiba-tiba muncul di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV
itu.
Husam yang tiba jam 11 malam sewaktu Yang Dipertua Pas Kawasan Ketereh,
Wan Ismail Wan Jusoh sedang memberi ucapannya dilihat menaiki pentas
utama dan duduk bersama pemimpin Pas yang lain.
Tindakan tersebut telah menimbulkan ketidakselesaan penonton mahupun
pemimpin yang ada di atas pentas itu, sekali gus dilemparkan dengan
kata-kata yang tidak sopan oleh beberapa penyokong yang hadir.
0 orang berkata:
Post a Comment