Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIADA HALANGAN KIT SIANG MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA

Jangan terpedaya Kit Siang tidak boleh jadi PM
Lim Kit Siang
Lim Kit Siang - Foto Sinar Harian

TELUK INTAN - Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa pemimpin DAP, Lim Kit Siang tidak boleh menjadi Perdana Menteri hanyalah taktik beliau untuk menarik undi Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, tindakan Mahathir berkenaan boleh dikatakan sebagai salah satu taktiknya untuk memperdayakan Melayu supaya menentang Umno dan Barisan Nasional.

"Saya tidak beberapa pasti maksud dan tujuan sebenar Tun Mahathir berkata sedemikian kerana macam-macam boleh terjadi, namun kita boleh lihat dia sekarang cuba menarik sokongan orang Melayu kepada pembangkang.

"Mungkin dengan berkata sedemikian Tun Mahathir fikir dia mampu meyakinkan Melayu supaya tidak perlu bimbang Kit Siang tidak akan menjadi Perdana Menteri dan mereka boleh sokong pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Surau Muara Aman, Kampung Air Deras, Sungai Manik.

Tajuddin turut mengingatkan pengundi Melayu supaya jangan mudah terpedaya dengan taktik dan muslihat Tun Mahathir kerana Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak tetap pendirian.

"Bahaya apabila ada seorang pemimpin yang tidak mempunyai pendirian tetap seperti Tun Mahathir menjadi ketua dan orang Melayu pula mempercayainya.

"Cuba lihat sebelum ini dia mengutuk mengatakan DAP adalah ancaman kepada Melayu, tetapi sekarang dia mengatakan sebaliknya malah dia sendiri berkawan dengan parti tersebut," katanya.

Tambahnya, rakyat boleh melihat sendiri apa yang berlaku di Selangor walaupun ia dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, negeri berkenaan tetap dikawal pemimpin DAP.

"Kita lihat sahaja berapa banyak rumah judi di Selangor yang tidak boleh ditutup oleh Azmin kerana dia dikawal oleh DAP dan Azmin tiada kuasa," katanya.
 

2 orang berkata:

Anonymous said...

Drp kit siang baik tiong lai dari MCA.mcm tu ke pak walaun punya teori? Berhentilah nak menghasut isu perkauman dan agama pak walaun oii..dah tak laku skrg.

Tgk h355 walaun2 Pas yg dtg cuma 20,000 je. Ahli2 yg selebihnya dah tau lebai2 dedak Pas kaki kelentong jual agama.

Anonymous said...

Pas pun sama.
Skang dah guling 360 darjah.


Dgn husam pun takut.
Berani belakang2 je.
Berdepan kecut telo.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.