Guna pembesar suara sebar berita kematian Jong-nam
SEOUL - KOREA SELATAN. Korea Selatan didakwa menggunakan pembesar suara gergasi di sempadan antara negaranya dan Korea Selatan.
Memetik laporan New York Post.com, penggunaan pembesar suara itu dibuat
bagi memastikan butir-butir pembunuhan dramatik rakyat Korea Utara, Kim
Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) minggu
lalu disampaikan secara jelas, merentasi sempadan mereka.
Difahamkan, tindakan itu dibuat bagi memastikan rakyat Korea Utara tahu tentang tragedi yang berlaku ke atas Jong-nam.
Jong-nam berada di KLIA2 dekat sini pada 13 Februari sementara menunggu
penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya
dilap dengan cecair beracun.
Beliau dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Kerajaan Korea Utara sebelum ini tidak mengeluarkan kenyataan berhubung
kematian Jong-nam, bagaimanapun baru-baru ini mengeluarkan tuduhan dan
mengkritik siasatan Malaysia tanpa mengenal pasti Jong-nam sebagai
mangsa.
"Kim Jong-nam meninggal dunia selepas diserang oleh dua wanita yang
tidak dikenali di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di
Malaysia.
"Pihak berkuasa Malaysia berkata empat suspek adalah warga Korea Utara
termasuk seorang yang telah ditangkap," kata mesej tersebut seperti yang
dirakam daripada pembesar suara milik Korea Selatan dan rakaman
tersebut disiarkan oleh stesen televisyen tempatan negara itu.
Difahamkan lagi, Korea Utara sangat mengehadkan penyebaran berita luar ke dalam mereka.
3 orang berkata:
Tlg hebah sekali penyamun mana dpt 90juta masuk akaun affin bank..lebai bangsat
Kawe nok buak filem dale base arab. Tajuk dia keldai menunggang unte. Demo tau dak mane kawe nok cari unte?
zzzzz2018.7.7
new nike shoes
coach outlet online
off white shoes
nike huarache
fitflops sale
basketball shoes
canada goose jackets
moncler jackets
クロムハーツ
ugg boots on sale 70% off
Post a Comment