'Saya jemput Husam dengar bukan beri ceramah'
KOTA BHARU – “Saya mengajak beliau (Husam) untuk hadir sebagai
penonton, bukan sebagai penceramah,” demikian kata Timbalan Ketua Pemuda
Pas, Nor Azariza Alawi menjelaskan mengenai pelawaannya kepada
Penasihat Amanah, Datuk Husam Musa untuk hadir ceramah di sini malam
semalam.
Menurutnya, beliau kesal apabila banyak pihak cuba mengaitkan pelawaan
menerusi Facebook miliknya sebagai jemputan rasmi kepada bekas Naib
Presiden Pas itu untuk memberi ceramah bersama-sama pemimpin Pas yang
lain.
“Saya harap semua orang faham benda ini dengan jelas, kita jemput dia
bersama-sama untuk dengar apa yang kita hendak sampaikan dalam ceramah
itu, bukan jemput untuk bagi ceramah sebagaimana orang lain.
“Ceramah yang dianjurkan oleh Pemuda Pas negeri adalah ceramah mega
terbuka dan bebas dihadiri sesiapa sahaja. Tetapi dia datang bersama
pengikut-pengikutnya, kita jemput naik (pentas) sebab dia pimpinan parti
walaupun dari Amanah,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau diminta mengulas dakwaan Husam yang melihat tindakan penganjur
menolak permintaannya untuk berucap sebagai tidak ‘gentleman’.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh: Husam 'serang' ceramah Pas]
Mengulas lanjut, Azariza berkata, sepatutnya Husam menghormati
perjalanan ceramah tersebut dan tidak perlu menimbulkan suasana yang
kurang senang sepertimana yang berlaku.
“Jika beliau tidak puas hati bila nama dia terbentang dalam kain
rentang ceramah yang bertajuk ‘Husam Lari Dari Debat Bai’ah’ lebih baik
dia buat ceramahnya sendiri.
“Kita tengok siapa yang akan dengar ceramah dia,” katanya.
1 orang berkata:
Teruk betul akhlak walaun2 parti jual agama 90juta ni. Memalukan Islam.
Post a Comment