Pemuda Umno cabar Armada Bersatu debat
KUALA LUMPUR - Pemuda Umno menyokong titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim
ibni Almarhum Sultan Iskandar yang menyifatkan Pengerusi Bersatu, Tun
Dr Mahathir Mohamed sebagai pemimpin politik yang melampaui batas.
Menurut Exco Pemudanya, Sheikh Nafiq Alfirdaous Sheikh Abd Rahman,
titah baginda itu bertepatan tatkala bekas perdana menteri itu terlalu
lancang melemparkan tuduhan ke atas negeri Johor khasnya dan Kerajaan
Pusat amnya.
Beliau berkata, tuduhan demi tuduhan tidak berasas yang dibuat Mahathir
terhadap Johor memaksa Sultan Ibrahim bertitah secara terbuka supaya
pemimpin veteran itu menghentikan segala tohmahan.
"Sebagai Bangsa Johor dan pemimpin Pemuda Umno, saya menyokong dengan
sepenuh hati titah tuanku Sultan Johor supaya Tun M berhenti membuat
tuduhan dan cerita-cerita tidak benar mengenai Johor.
"Nak berpolitik boleh tapi jangan melampaui batas sehingga mengguris hati raja-raja Melayu khususnya Sultan Ibrahim," katanya.
Hari ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilaporkan
membidas Mohamad yang mendakwa negeri itu 'menyerahkan tanah kepada
orang Cina' dengan menyifatkan ahli politik veteran itu telah 'melampaui
batas'.
Dalam temu bual eksklusif dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang
disiarkan semalam, Sultan Johor dilaporkan bertitah, baginda 'amat
tersinggung dan disakiti' dengan beberapa ulasan Mahathir yang dibuat
sejak beberapa minggu yang lalu.
Jelas Sheikh Nafiq yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Pulai lagi,
apabila Sultan Johor mengatakan baginda tersinggung dan hati telah
disakiti dengan perbuatan Tun M itu, maka bermakna pemimpin Bersatu itu
juga telah melukai hati keseluruhan Bangsa Johor tanpa mengira kaum dan
agama.
"Umum tahu Sultan Ibrahim amat jarang untuk bertitah hal berkaitan
dengan politik negara, namun sikap melampaui batas Tun M menuduh
macam-macam terhadap negeri baginda pastikan mencabar kesabaran tuanku.
"Jadi saya menyeru seluruh Bangsa Johor tak kira apa fahaman politik,
keturunan atau agama, ayuh kita bersatu teguh mempertahankan kedaultan
negeri dan sultan agar tidak mudah diperlekehkan oleh orang lain,"
ujarnya.
Manakala seorang lagi Exco Pemuda Umno, Shahril Hamdan turut membidas
tingkah laku Pengerusi Bersatu itu yang sanggup melemparkan pelbagai
tuduhan palsu terhadap Johor dengan hanya bersandarkan kepada laporan
media barat, iaitu sesuatu perkara yang Tun M terlalu anti suatu masa
dahulu.
Jelas beliau, Tun M sebagai bekas pemimpin besar negara sepatutnya
menunjukkan teladan yang baik kepada generasi muda dan bukannya cepat
lupa dengan pendirian sendiri.
"Barangkali Tun M dah lupa bahawa ketika dia memerintah dulu dia selalu
minta rakyat jangan mudah percaya dengan laporan media barat didakwa
ada agenda jahat terhadap Malaysia. Tapi hari ini beliau sendiri
berhujah dan buat pelbagai tuduhan hanya berdasarkan laporan dari media
barat juga.
"Janji kena pegang, kata kena serupa bikin dan tunjukkan contoh yang
baik kepada kami orang muda. Jangan kerana nak berpolitik semua dulu
yang 'haram' dihalalkan sekarang," katanya.
Sementara itu, Biro Pekerja Muda Pemuda Umno, Dazma Shah Daud turut
mempertahankan kenyataan dua rakan Exco Pemudanya mengenai titah Sultan
Johor itu.
Malahan beliau bersama Sheikh Nafiq dan Shahril mencabar Ketua Armada
Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga anak jati Bangsa Johor
bersama dua lagi Exco Armada mengadakan debat terbuka mengenai isu ini.
0 orang berkata:
Post a Comment