Pas perlu praktik politik matang, sejahtera
KOTA BHARU - Pas perlu mengkaji balik konsep politik matang dan
sejahtera kerana amalan itu nampaknya tidak dipraktikkan pemimpin parti
itu terutama di Kelantan.
Penganalisis politik, Dr Rosdi Omar berkata, disebabkan pengabaian
itulah punca berlakunya kekecohan pada ceramah Pas 'Husam Lari Debat
Baiah' tiga hari lalu.
"Pemuda Pas Kelantan perlu dididik, diberi tazkirah lebih lagi tentang
cara-cara berpolitik secara matang dan sejahtera bahkan perlu cuba
hindar politik beremosi dan dendam," katanya kepada Sinar Harian.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh: Husam 'serang' ceramah Pas]
Mengulas lanjut, Rosdi yang juga Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni
Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, sewajarnya Pas mengelak
menggunakan tajuk yang berbentuk provokatif dalam setiap ceramahnya.
Katanya, lebih rasional jika tajuk ceramah itu yang boleh memberi
manfaat kepada rakyat dan berfokus serta tidak menggunakan nama individu
untuk dihentam.
"Bila ini berlaku maka akan timbul lah perasaan tidak puas hati dalam kalangan pihak lawan," katanya.
Dalam masa yang sama Rosdi menegur cara Pas menjemput seseorang dan
bagi beliau ia perlu dibuat secara jujur dan terbuka bahkan bukan
melalui media sosial kerana itu memperlihatkan ketidakmatangan
berpolitik.
1 orang berkata:
Bodo punyer kangkong. Tak kan la tak tau unta tu ada batu besor kat kepala.
Post a Comment