TAK PERLU BERCAKAP DENGAN BAHASA
MENYINGGUNG PERASAAN UMAT ISLAM
MELAINKAN HENDAK MENCARI PASAL
MENCIPTA PERMUSUHAN DIANTARA KAUM,
BIASANYA YANG MULAKAN PASAL ADALAH BANGSA KAFIR
YANG SENGAJAMEMULAKAN PASAL UNTUK
MENYAKITKAN HATI, MEREKA MENGUSIK
ISTILAH-ISTILAH AGAMA ISLAM UNTUK
MEMULAKAN PASAL
SEMENTARA MAJLIS RAJA-RAJA YANG
MEMEGANG KUASA AGAMA TERUS BISU, MEMBUATKAN ORANG
KAFIR BERTAMBAH BERANI
DAN MENJADI MUA
-Pak Karamu-
Perkataan 'tok lebai' cetus kekecohan
SHAH ALAM - Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor di sini hari
ini kecoh seketika apabila seorang anggota dari DAP mengeluarkan
perkataan 'tok lebai' yang disifatkan menyentuh sensitiviti umat Islam
di negara ini.
Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) ketika membahaskan usul menjunjung
kasih titah ucapan Sultan Selangor, menyebut perkataan 'tok lebai' yang
merujuk kepada individu tertentu yang menjadi punca ketidaktentuan
ekonomi negara dan kejatuhan nilai ringgit.
Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) kemudian bangun mencelah dan
menegur Weng San untuk tidak menggunakan perkataan itu lagi sebab ia
seolah-olah menghina agama Islam.
"Dalam agama Islam, 'tok lebai' merujuk kepada agamawan, ahli cendekiawan agama dan paling tidak tok imam," katanya.
Namun, Weng San enggan menerima teguran Sulaiman sehingga menyebabkan
kedua-dua wakil rakyat berkenaan bertikam lidah sebelum Timbalan Speaker
Dun, Mohd Shafie Ngah meminta mereka duduk serta meminta Weng San
menarik semula perkataan itu.
Weng San kemudian memohon maaf jika tindakan beliau itu menyinggung perasaan umat Islam.
Istilah 'tok lebai' menjadi popular selepas Menteri Besar Selangor,
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi akaun twitternya baru-baru ini
merujuk seorang invidu sebagai 'tok lebai' yang dikatakan bercita-cita
hendak menawan Selangor.
"Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur," kata Mohamed Azmin. - Bernama
14 orang berkata:
Aku pun sedih sbb ada sesetengah ahli pas bagi gelaran tuan guru kat Lim kit siang sbb nak kutuk dap. Dda jugak yg sindir dgn gelaran mursidul Lim kit siang dll. Bila kena tegur derang ubah jadi tokong lkc.
Siapa yg ajor, tak tau la...
Betul sangat azmin kata tu. Tempat sendiri pun Nik abduh kalah. Kalah pemilihan dgn org no 2.
Dalam cerita musang berjanggut, p ramlee menggambarkan pak2 lebai sebagai org agama yg tak boleh tengok pempuan muda dahi licin. Pak lebai kena tipu masuk dalam kotak kayu. Lucu betul cerita musang berjanggut tu. Sampai sekarang pun Kita boleh tengok lagi cerita Pak lebai musang berjanggut tu.
Depan p ramlee Pak lebai tu bukan main alim lagi. Belakang p ramlee........ mula la menggatal!
Pak lebai terbaik 2. Ada Pak lebai yg baik. Ada Pak lebai yg jahat.
Di kampung aku, kalau panggil Pak lebai tu, mulut dia manis, ayat dia sopan santun, perangai dia lemah lembut, teguran dia berhemah, kalau kita salah dia maafkan.... Tak adalah dia nak maki hamun, baruakan org kampung, kafirkan jemaah, mempilkudakan budak2 muda....
Pak lebai kampung aku tak main politik. Lepas maghrib dan isyak dia ajar mengaji kat budak free je.
Lebai dlm cerita musang berjanggut tu jangan ler diikut. Buat busuk agama Islam jer.
Mana maruah kalu dah kena patuk ular berkali2 di lubang yg sama? Mana? Mana?
Pas, pan, Pkr, dap 2x5 jer.
Satu pun x blh pakai.
Apa pun tak de.
Tarakkkkkkk.
Yilekkkk
Umno dah by peluang Kat pas. Tapi kerja tak seberapa, kecoh jer yg lebih sampai org melayu makin teruk berpecah.
Jadi biarlah umno aje yg uruskan. Tak payah nak bising2
Kalu umno bentang ruu355 tu nanti, pas kenalah sokong 100%. Jangan nak kluk klek pulak yer
Tak ada maruah kalau tak sanggup keluar dr kejaan selangor sbb tak mau kehilangan gaji dan elaun puluhan ribu sebulan. RM puluhan ribu, bagi bani untaa adalah lebih mulia drp maruah.
Dlm musang bjanggut...tu datuk nikah kawin...bkn pak lebai...
P.ramle pon tau
Post a Comment