PARTI ORANG KECIWA
NAK JOIN PAKATAN HARAPAN
-Pak Karamu -
Ezam beri penjelasan tubuh parti baharu
MINGGU lalu, bekas Senator, Datuk Ezam Mohd Nor
membuat kejutan dengan mengumumkan bakal menubuhkan sebuah parti politik
baharu bertujuan membongkar salah guna kuasa dan penyelewengan rasuah
di negara ini.
Difahamkan, parti anti rasuah itu akan dipelopori Ezam bersama bekas
anggota Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan beberapa orang
lagi aktivis yang pernah masuk penjara dalam usaha memerangi rasuah.
Namun begitu, timbul desas-desus mengatakan parti baharu ditubuhkan
kerana kekecewaan Ezam dan Khairuddin yang sebelum ini tidak mendapat
tempat dalam Bersatu.
Bagi mendapatkan kesahihan berhubung perkara itu, Sinar Harian
mendapatkan penjelasan Ezam dan Khairuddin berhubung isu berkenaan.
Ikuti wawancara khas yang dikendalikan oleh wartawan Noor Azura Shahril
dan Asyraf Muhammad bersama jurufoto, Asril Aswandi Shukor, semalam.
Boleh jelaskan apakah asas penubuhan parti baru itu?
Ezam : Parti baru ini memang ramai yang terkejut dan kenapa saya
tubuhkan parti baru? Saya pun terkejut. Saya pun tak rancang untuk tubuh
parti baru. Memang lepas saya tinggalkan Kementerian Kewangan (MOF),
saya tumpu kepada NGO Hisbah.
Tak timbul soal politik dan saya yakin bahawa saya akan menyumbang
kepada negara melalui apa yang saya boleh lakukan berdasarkan pengalaman
saya melalui Hisbah. (Bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad
selepas itu, panggil saya dan ajak saya masuk Bersatu untuk bantu
beliau.
Saya sahut undangan beliau dan serah borang jadi ahli. Lepas
tiga bulan, saya rasa itu bukan tempat saya.
Bersatu ini ditubuhkan sebagai sebuah parti besar yang akan memerintah
dan memimpin negara. Itu OK tapi tak sesuai dengan saya kerana saya
hanya nak fokus pada isu rasuah. Dan bila you masuk parti besar, you tak
lari daripada percaturan politik, politiking, perebutan jawatan dan
sebagainya.
Kebanyakan ahli Bersatu datang daripada Umno dan mereka
masih terbawa-bawa lagi cara dan budaya Umno.
Kalau tanya saya, hanya Tun Mahathir yang dah really transform dan
reform. Memang dia macam (bekas Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri
Anwar Ibrahim. Walaupun mereka lama memimpin Umno, sekali menjadi
pembangkang, mereka pembangkang terus. Saya tengok ramai dalam Bersatu
tak begitu, termasuk pimpinannya.
Mereka masih dalam kelompok dan kepompong Umno. Jadi susah dan saya rasa saya tak boleh bergerak banyak.
Maka saya buat keputusan untuk keluar dengan cara baik dan masih
kekalkan hubungan dengan Bersatu dan tumpukan kepada NGO Hisbah.
Sehinggalah Datuk Seri Khairudin dan beberapa kawan datang bertemu saya
dan berbincang dengan saya dengan mengatakan saya tidak boleh hanya
berada di pinggiran dengan NGO. Mereka kata, saya perlu adalam dalam
mainstream.
Parti memang banyak tapi fokus kepada rasuah semakin lama semakin pudar
disebabkan oleh persiapan-persiapan lain. Bila dekat PRU, fokus parti
kepada kerusi, siapa nak bertanding, siapa calon perdana menteri dan
disebabkan itu isu 1MDB dan SRC International semakin pudar.
Mereka (Khairuddin dan rakan-rakan) rasa perlu tubuhkan parti baru.
Saya boleh bergerak bawah NGO Hisbah tapi impaknya minima. Media sendiri
pun kalau parti politik minat nak dengar dan laporkan tapi kalau
setakat NGO, impak dia adalah minima. Jadi ada beberapa opsyen. Opsyen
pertama adalah saya boleh masuk mana-mana parti politik sedia ada dalam
Pakatan Harapan, termasuk Bersatu.
Tapi bagi kami, untuk meneruskan agenda reform dengan Bersatu susah.
Jadi, lebih selesa rasanya kalau agenda reform ini dimainkan dalam
parti-parti Pakatan Harapan yang sedia ada dan dah lama dalam agenda
reform. Kita mula bercakap dengan mereka.
Saya sendiri jumpa dengan semua pimpinan Pakatan Harapan dan bincang
tentang idea macam mana nak memperkukuhkan dan peranan kami dalam ruang
yang mereka ada. Tapi akhirnya kita buat keputusan lebih baik jika kita
tubuhkan satu parti politik sendiri dan fokus kepada isu rasuah.
Kita dah mula menelaah semula sejarah. Parti anti rasuah terbaru
ditubuhkan dalam dunia ini adalah di Bulgaria pada akhir Januari lalu,
bagi menghadapi pilihan raya. Kami adalah orang yang pernah melalui
perjuangan melawan pemerintah dalam isu rasuah ini.
Kita percaya bahawa kita kena berani melakukan sesuatu yang baru dengan
menubuhkan parti ini yang tumpu kepada rasuah dan kekal sebagai single
objective. Kami tak berminat selain daripada itu.
Kami kekal kecil. Sebab kalau besar kita hilang fokus. Kami tak
berminat dengan kuasa tapi berminat dengan (memerangi) salah guna kuasa.
Biar party lain yang besar tumpukan bagaimana mahu dapat kuasa.
Rasuah semakin membarah di negara ini. Kita ada masalah krisis
keyakinan. Tidak pernah Malaysia menghadapi masalah krisis keyakinan
sebegini berat. Ini masalah yang melibatkan seluruh ekonomi dan rakyat.
Dan insya-ALLAH dalam minggu ini, kita akan selesaikan segala maklumat
yang kita perlu hantar kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan dan serahkan
pendaftaran kita dengan mereka.
Adakah parti baru ini didorong perasaan kecewa selepas tidak terpilih dalam kepimpinan Bersatu?
Ezam : Saya pun ketika masuk PKR, saya hanya sekali
bertanding dalam pilihan raya. Saya bertanding pun di kawasan yang
susah, iaitu Shah Alam.
Sekarang ini, Shah Alam kuat pembangkang. Masa saya bertanding, Shah
Alam adalah kawasan paling kuat BN (dengan) 40,000 (kemenangan)
majoriti. Saya ketua pemuda masa itu dan boleh pilih kawasan yang paling
mudah untuk saya menang. Saya juga Pengarah Jentera Pilihan Raya PKR.
Tapi saya ambil kawasan yang paling susah nak menang kerana kampung saya
adalah di Shah Alam.
Kedua kerana saya terpaksa buktikan untuk jadi ketua pada perjuangan
ini, saya kena lawan yang paling susah. Selepas itu saya tidak
bertanding. Tapi saya terus berjuang. Malah dokumen Akta Rahsia Rasmi
pada waktu itu juga, dia kata saya tak boleh keluarkan tapi saya
keluarkan juga.
Sehingga hari ini, semuanya kerana perjuangan. Saya buat
kerana perjuangan.
Saya tubuhkan parti baru kerana percaya antara jalan yang boleh bina
momentum baru ke arah perjuangan untuk kita fokus tukar kepimpinan sedia
ada. Kalau nak kata kecewa, saya sebenarnya kecewa dengan anak-anak
muda sekarang ini yang serangan mereka pada kerajaan tiada apa-apa.
Serangan paling kuat hari ini adalah daripada orang-orang tua seperti Tun Mahathir sahaja.
Yang muda-muda ini saya tengok tak ada apa-apa. Kita tumpu kepada kuasa
kerana orang yang berkuasa beri kesan besar pada rakyat. Dia boleh buat
sesuatu yang beri kesan. Balik kepada soalan tadi, bukan sebab saya
kecewa tapi parti baru ini mungkin salah satu cara kita kumpul momentum
baru fokus jatuhkan kerajaan sedia ada.
Adakah parti baharu ini pelengkap kepada Pakatan Harapan?
Ezam : Kita hanya sebuah parti kecil. Kita bukan
hebat sangat. Kita rasa kita mungkin akan lebih fokus kepada isu rasuah.
Kerana isu rasuah ini crucial dalam negara kita. Bagi saya, isu-isu
lain itu tidak apa, kita boleh tangani lagi. Tapi rasuah ini tak
terkawal.
Masa saya di MOF pun saya nampak benda ini. RUU 355 itu juga tidak
crucial sekarang. Yang lebih crucial adalah good governance dan masalah
rasuah. Saya tengok dalam perolehan MOF, segala-galanya adalah tentang
projek dan tender. Sebab itu kita fokus kepada MOF lepas ini.
Di mana sebenarnya Datuk letak diri Datuk?Pejuang rakyat atau puaskan diri?
Ezam : Memang sebagai manusia saya dah tutup buku dan
tak mahu lagi terlibat dalam agenda masyarakat. Saya nak buat kerja
antara saya dengan ALLAH sahaja. Sebab itu saya tubuhkan Hisbah. Secara
am, saya memang boleh dikatakan kecewa dengan perjalanan saya dalam
politik dan terpaksa menghadapi jalan-jalan sukar.
Politik adalah mengenai persepsi, bukan mengenai kebenaran. Kalau you
terlalu berpegang pada prinsip, you akan susah sebab persepsi.
Sebelum ini, saya juga dah bina kehidupan baru di Indonesia. Tapi bila
kawan-kawan datang dan Datuk Khairuddin sendiri pujuk saya, maka saya
kata ini last call untuk saya sertai politik. Itu pun secara bersyarat.
Syarat pertama saya tetapkan ialah parti itu mesti kecil. Dan syarat
kedua ialah saya boleh berlawan dengan Najib secara berdepan.
Pakatan Harapan dilihat belum dapat momentum tambahan pula tanpa Pas. Macam mana peluang yang ada?
Ezam : Kita sekarang hidup dalam suasana pantas. Sebab
itu, kalau dilihat pada pilihan raya di luar negara, perubahannya
sangat cepat. Saya rasa dengan rencam manusia serta pendedahan kepada
maklumat yang pelbagai, saya fikir proses membuat keputusan itu berlaku
dalam keadaan yang saya tidak rasa sesiapa pun dapat fahami lagi. Kita
tak tahu.
Kehadiran Tun Mahathir ini, saya rasa faktor penambah ke arah itu. Tun
Mahathir adalah seorang yang very season dan telah menang banyak kali
pilihan raya. Tun Mahathir adalah kapten yang telah memenangi pilihan
raya sebanyak lima ke enam kali sebelum ini.
Kalau kali ini dia commander in chief dalam Pakatan Harapan, tentunya
dia merupakan satu faktor luar biasa. Cara Tun Mahathir menggarap isu
yang dimainkan, ini semua game beliau untuk dapat menggarap imaginasi
rakyat.
Saya rasa masih ada peluang untuk Pakatan Harapan tukar kerajaan.
Memang kalau Pas bersama, kita memang tak ada masalah. Saya dah lama
dalam politik ini. Sampai di saat akhir pun boleh berlaku apa-apa. Masih
lagi terbuka ruang untuk menang atau kalah.
2 orang berkata:
Akhirnya baru didedahkan rupa-rupanya private bill yg sudah lebih setahun dibincangkan hanyalah sekadar untuk menambah hukuman yang sedia ada di mahkamah syariah.
Ianya dikemukakan bagi membolehkan hukuman dalam Kanun Jenayah Syariah 1985 boleh dinaikkan sehingga 30 thn penjara, RM100,000 denda dan 100 kali sebat.
Mengikut rekod, Akta 355 pernah dipinda pada tahun 1994 tanpa ada sesiapa yang bising sebab Kerajaan sendiri yang bawa untuk dipinda dan ianya tidak dipolitikkan sebagaimana yang sedang berlaku sekarang.
Bagi Umno, peranan Hj Hadi sudah cukup sampai di peringkat terkini. Melalui Hj Hadi, Umno BN telah berjaya memperdayakannya dengan menggunakan isu RUU355 ini sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat punah lingkup, Pas sendiri berpecah.
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...
Post a Comment