Pentas Sinar Harian untuk debat Rozaimi, Khairuddin
SHAH ALAM – Akhbar Sinar Harian sedia menawarkan tempat untuk
perdebatan mengenai pindaan Akta 355, antara Dr Rozaimi Ramle dengan
Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.
“Kami mengalu-alukan percambahan minda, dan pentas kami sentiasa
terbuka untuk wacana ilmu seperti ini,” kata Penasihat Eksekutif
Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali.
Beliau mengulas surat dari sebuah NGO Islam, Pertubuhan Kebajikan
Al-Qayyim (IQ) Malaysia untuk pensyarah fekah & usul fiqh dan Ketua
Penerangan Dewan Ulama Pas itu bersemuka dalam debat terbuka.
Surat tersebut dari setiausaha IQ, Abd Hafiz Salleh Hudin, dihantar
dengan tangan kepada Dr Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.
“Oleh yang demikian IQ mengharapkan pihak YB dapat memberikan komitmen
untuk program dialog ini dijayakan,” kata kandungan surat tersebut yang
salinannya diperolehi Sinar, semalam. Rozaimi adalah presiden IQ.
Dalam satu reaksi positif Jalil memberitahu pihaknya menyerahkan kepada
dua tokoh berkenaan untuk menetapkan tarikh dan masa perdebatan.
“Sila berhubung dengan kami dalam masa terdekat, dan auditorium kami
sentiasa bersedia untuk mereka bertukar pandangan secara sihat dan
terbuka.
“Bagi kami Akta 355 yang hendak dibicarakan ini adalah isu kepentingan
umum dan Sinar telah beberapa kali menganjurkan debat dan wacana
mengenai isu ini antara ramai pakar dan tokoh di bidang berkenaan,
termasuk yang bukan Islam.
“Selain terbuka kepada umum, auditorium kami boleh muat 500 orang, kami
akan menyiarkan debat ini dalam Sinar Harian, Sinar online dan Sinar
TV,” kata Jalil.
Sebelum ini Khairuddin dalam rakaman video di Internet menyatakan
kesediaan bersemuka dengan pihak yang berkata pindaan Akta 355 tidak
wajib.
Dalam rakaman 4.30 minit yang dipetik dari satu ceramahnya, Khairuddin
turut berkata, jika ada mana-mana mufti yang berkata pindaan akta itu
tidak wajib, “kepalanya patut disekeh.”
7 orang berkata:
Kan 'wahabi' dah sahut cabaran tu...ape lagi berdebatlah...bolih balun 'wahabi'tu cukup2..jangan jadi jaguh kampong dah lah.
al keldai alfitnati al PANngari tak mahu cabar ke. jangan malu2, bila lagi nak tunjuk jaguh depan kekasih hati al khinzir.
Telo mung dah letak maner?
Berdebat aje tau, jangan main sekeh2 kepala. Tak elok sekeh kepala orang.
Mu ni dah sesat ker? Mu buat skim cepat kayap, mung tipu org miskin. Mu dpt duit juta2 mu tutup kedai. Mu ni ahli parti islam ker ahli parti setan???
Demo ni nama jer tok guru. Skim menipu pun demo nak perasmi. Kesian kat demo ni, sensng sgt dipergunakan oleh unta2.
Den raso mamat ni akan debat dgn dr rozaimi. Tapi den raso mulut dia akan berbuih2 dgn kato nisto. Maki org dan fitnah org sbg wahabi. Ayat quran pun dia akan baca sekerat2.
Tipu org misking skim cepat kaya lebih buruk drp seekor khinzir.
Post a Comment