Nazri setuju Debat Sinar Harian
SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul
Aziz menyatakan persetujuan di atas kesediaan Sinar Harian menjadi
penganjur dalam pertemuan antara beliau dan bekas Perdana Menteri, Tun
Dr Mahathir Mohamad mengenai beberapa isu hangat, melibatkan mereka
berdua.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, beliau tidak meletakkan
sebarang syarat atau terma tertentu dalam penganjuran pertemuan itu.
“Saya tidak kisah dalam bentuk dialog, debat atau apa-apa pun. Cuma
sekarang Sinar Harian kena dapatkan persetujuan daripada pihak Tun
Mahathir sahaja,” katanya kepada Sinar Harian,semalam
Terdahulu, Sinar Harian menyatakan kesediaan untuk menjadi penganjur
dalam pertemuan antara kedua- dua pemimpin tersebut susulan perang mulut
menerusi media oleh kedua-dua pemimpin itu.
Bagaimanapun, Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed berkata,
pihak Sinar Harian rasa menarik sekiranya ia dijalankan dalam bentuk
wacana.
Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Nazri berkata, ketentuan tarikh
dan bila ia akan diadakan tertakluk kepada persetujuan pihak Mahathir.
“Apa yang penting saya hendak perkara ini jadi sahaja, buat di rumah Mahathir pun saya sanggup.
“Janji beliau jangan lari sahaja, kini hasrat saya hanyalah hendak berhadapan dengan beliau (Mahathir) sahaja,” katanya lagi.
Katanya, beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan Mahathir kerana ‘beliau tahu siapa sebenar bekas bosnya itu’.
“Saya tahu semuanya, apa yang beliau nasihatkan, apa yang beliau suruh saya buat,” katanya.
Untuk rekod, Sinar Harian telah menganjurkan 44 Wacana Sinar yang
membicarakan pelbagai isu yang mencakupi topik termasuk isu RUU 355,
1MDB dan GST.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan, Nazri yang juga Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan gembira apabila bekas perdana menteri
bersetuju untuk berdebat dengannya di kawasan Parlimen Padang Rengas,
Perak.
Pegawai kepada Mahathir memberitahu mereka sedang mengaturkan agar
debat terbuka itu dibuat di kawasan di mana Nazri menjadi ahli parlimen.
Dalam pada itu, pegawai itu mengalukan-alukan Sinar Harian selaku pelopor wacana ilmiah menjadi penganjur kepada program ini.
Walaupun tarikh debat belum disahkan, difahamkan Pengerusi Bersatu itu
akan turun ke Padang Rengas pada 25 Mac ini untuk hadir pada satu
majlis.
8 orang berkata:
Ye....
Nazri ada telo. Dia sambut cabaran Madey.
Tapi......
Ada dua ekor unta pondan tak berani sambut panggil rozaimi dan maza. Pondan nak jadi pemimpin?
Ini baru betul. Tak ler main nak sekeh2 lepas tu kecut teloq
Ahhhhh sudah...lagi haru biru la pulak!!!!
Sapa pulak terima ratus2 ribu drp penanam sayur melaka??
Wakakakaka
Gua tanam sayur. Gua lulok melaka. Saya mau cali tanah Lima latut ekar. Sapa ala tanah gua muleh lunding masuk bank in lalam bank
Kamu x reti adab dalam.islam macamana melayani perkara fitnah atau cabar mencabar. Ko belajor la lebih sikit pasai islam. Mungkin ayah ko tak ajar dulu.
Belajar Islam tapi tipoo cina tanam sayur.
Tu belajar Islam syiah.
Debat hanya utk mereka yg berani. Debat bukan untuk mereka yg pondan.
Dia jual sayur kat penanam sayur tu kottttttt
Post a Comment