MUNGKIN ADA ORANG MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM SURUH KAUM CINA DAN INDIA ATAU ORANG YANG BERAGAMA KRISTIAN SURUH BUAT BANTAHAN
RUU355
-Pak Karamu-
Pindaan Akta 355 tak buka jalan pelaksanaan hudud
KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang dibawa oleh
Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak membuka jalan
kepada pelaksanaan hudud di negara ini.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata,
ini kerana hukuman bagi pindaan kepada Akta 355 telah pun ditetapkan.
“Akta 355 tidak boleh ditukarkan kepada hudud. Ini bukan hudud, kerana
hukumannya telah ditetapkan,” katanya kepada media selepas menyampaikan
syarahan bertajuk ‘Islam as the law of the land’ di sini, hari ini.
Antara pindaan dicadangkan ialah hukuman penjara sehingga 30 tahun,
denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan, berbanding hukuman semasa
yang mengehadkan tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan
yang boleh dijatuhkan mahkamah syariah.
Dalam pada itu, dalam syarahannya beliau membangkitkan persoalan
mengapa orang bukan Islam menentang pindaan Akta 355 tersebut, sedangkan
ia tidak langsung melibatkan mereka.
“Saya tidak nampak sebab kukuh mengapa orang bukan Islam menentang
kerana ia tidak melibatkan mereka, sedangkan orang Islam gembira apabila
hukuman Islam dilaksanakan ke atas mereka. Mengapa bukan Islam pula
yang memperjuangkan kesaksamaan di dalam hal ini?
“Orang Islam tidak menuntut kesaksamaan di dalam hal ini (hukuman
syariah) kerana semuanya tahu orang Islam di negara ini terikat dengan
dua undang-undang. Sememangnya Akta 355 tidak melibatkan langsung orang
bukan Islam. Apa yang bukan Islam perlu risau?,” kata beliau lagi.
Mengulas mengenai keperluan untuk melakukan pindaan terhadap Akta 355,
Ahmad Fairuz berpendapat, ini adalah kerana semakin banyak kes yang
melibatkan jenayah di bawah akta berkenaan berlaku ketika ini.
"Peningkatan hukuman ini diharapkan dapat mengurangkan orang Islam
daripada melakukan kesalahan. Hukuman yang sedia ada tidak mencukupi
bagi memberi rasa takut dan kesedaran," katanya.
Secara tidak langsung, Ahmad Fairuz berkata, ini dapat menaikkan taraf
mahkamah syariah yang masih di takuk lama dengan hukumannya yang paling
tinggi jauh lebih rendah dari mahkamah majistret.
7 orang berkata:
Saya rasa mereka menentang kerana penerangan kpd golongan ini tidak menyeluruh. Jika penerangan dibuat secara berterusan, perkara ini mungkin tidak berlaku.
GST pun org tentang tapi bila dah dilaksanakan semua orang ikut shj.
Jadi ruu355 juga perlu dilaksanakan. Spt GST, akhirnya semua orang akan patuh.
Yg penting, tak kira ikan bilis atau jerung perlu diberi hukuman yg sama. Jangan pilih2.
Kita mintak, pm memberi maklumat ttg ruu355 ini sama spt GST supaya rakyat lebih mudah faham. PM tidak boleh terus diam membisu kerana ini boleh menimbulkan kekeliruan kpd rakyat.
Hentikanlah kafir mengkafir serta tuduh menuduh serta teruskan bergerak ke depan utk islam. Tolong jangan pergunakan agama hanya utk kepentingan politik peribadi, pangkat dan kuasa. Rakyat susah muak.
Kalu blh buka minda dan blapang dada...mudah la paham...tp yg peliknya.. undang2 mahkamah sivil yg tak pernah diajar blh pulak org paham...walau tak pernah tgk...pening laaa...
Siapa kata semua org faham undang2 sivil?
Tak semua org faham undang2 sivil tapi semua org terima undang2 sivil betoi dak??tapi kenapa undang2 utk org islam depa hegeh2 bantah...
Post a Comment