Jangan biar politik pecah umat Islam
SUNGAI PETANI - Umat Islam perlu bersatu dan jangan membenarkan
perbezaan politik memecah-belahkan hubungan sehingga membawa kepada
permusuhan sesama sendiri.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata,
kekuatan ukhuwah Islamiah dan perpaduan perlu dipertahankan oleh seluruh
umat Islam.
"Saya tidak mahu kita berpecah belah disebabkan politik, merosakkan
hubungan di kalangan ummah sehingga bermusuhan sesama sendiri.
"Jika ada sebarang salah faham atau perselisihan hendaklah diselesaikan
secara baik dan berhemah, tidak ikut melawan dengan kekerasan," katanya
semasa berucap pada Majlis Multaqa Murabbi Ummah 2017 peringkat Negeri
Kedah di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir
Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan
Sri Othman Mustapha.
Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, terdapat banyak sebab mengapa umat
Islam berpecah, antaranya kerana wujud berbagai-bagai parti politik dan
kumpulan tertentu selain sifat taksub kepada pemimpin.
"Justeru, saya meletak peranan yang penting kepada tuan-tuan dan
puan-puan serta semua pihak termasuk golongan politik untuk kembali ke
landasan yang betul supaya kita bersatu padu dalam menghadapi musuh
sebenar kita iaitu penindasan dan fitnah terhadap umat Islam.
"Percayalah, politik yang keterlaluan akan membawa bala kehancuran kepada umat Islam dan negara kita," katanya.
Terdahulu, pada majlis itu Kerajaan Pusat menyerahkan cek peruntukan
berjumlah hampir RM50 juta untuk diagihkan kepada Pegawai Masjid, Guru
Takmir, Guru Sekolah Pendidikan Islam (SPI) dan Kelas al-Quran dan Fardu
Ain (KAFA) di negeri ini. - Bernama
7 orang berkata:
Mat bashah baru bangun tidoq la tuu. Ntah2 dia belum dengaq berita dedak rm90juta transfer melalui affin bank.
Takut hilang jawatan
Kalau nak terus jadi mb, umno jangan bertanding di kerusi pas. kalau umno kacau kerusi pas, pas akan kacau kerusi umno pulak. Ada faham? Heeeee
Tutup aje parti PAN. Baru senang 1 lawan 1.
tak payah tutup parti PANngani alfitnati walbohongi sebab ahlinya geng al keldai je
Umno jangan kacau kerusi pas kalau nak terus jadi mb. Faham?
Pas jangan kacau kerusi umno. Umno sudah sokong ruu hadi. Kalau pas kacau kerusi umno, umno akan lawan semua kerusi pas. Ingat umno tak takut tiga penjuru tau.
Post a Comment