ZAMAN FADHIL NOOR DAN NIK AZIZ
DAP TAK SENTUH TENTANG RUU 355
TAPI ZAMAN HADI DAP KECAM DAN
TEMPELAK RUU 355, DISAMPING DIA
TAK HORMATI DASAR YANG DIBAWA
OLEH PAS, SEBAB GOLONGAN PENGKHIANAT
SUDAH KELUAR PAS, TAPI JIKA GOLONGAN PENGKHIANAT MASIH ADA DALAM PAS
TENTU DAP TAK BERANI SERANG PAS
-Pak Karamu-
Konflik Pas, DAP: Era Fadzil Noor, Nik Aziz lebih mudah
SHAH ALAM - Mengimbau konflik di antara Pas dan DAP, ia disifatkan
lebih mudah ketika era pentadbiran Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pemegang ketiga Kursi Tun Hussein Onn di Institut Kajian Strategik dan
Antarabangsa (ISIS), Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram berkata,
perselisihan utama dalam pakatan pembangkang, sememangnya daripada
kedua-dua parti ini.
Walaupun ada di antara individu dalam DAP cuba menjaga hubungan itu, tetapi ada juga pihak lain yang ‘naik tocang’.
"Sewaktu Pakatan Rakyat, ketiga-tiga parti utama masing-masing menjaga
kepentingan parti dan kadangkala tidak menghormati keputusan bersama.
"Selepas pilihan raya lepas, DAP lah yang keluar dari Pakatan, bukan
Pas. Tindakan itu telah menghancurkan kerjasama," katanya dalam satu
wawancara.
Mengulas lanjut, Dr Jomo berkata, keadaan menjadi semakin rumit menjelang Muktamar Pas dua tahun lalu.
"Pimpinan DAP jelas campurtangan hal dalaman Pas, dengan menyokong Mat
Sabu dan menentang Haji Hadi, kononnya atas soal kerjasama pembangkang.
"Kemudian, apabila Mat Sabu serta golongan yang dipinggirkan dalam Pas keluar menubuhkan Amanah, DAP jelas menyokong mereka.
"Pemimpin Umno juga berjaya mengambil kesempatan dalam keadaan
kucar-kacir ini untuk memastikan pihak pembangkang tidak bekerjasama.
Media massa dan badan kerajaan tertentu turut main peranan," katanya
lagi.
Tambah Dr Jomo, media massa BN juga digunakan sepenuhnya oleh
pembangkang untuk mengkritik satu sama lain, menambah kekeruhan hubungan
di antara mereka.
"Pemimpin pembangkang juga kemudiannya menggunakan media yang dikuasai
BN untuk kritik-mengkritik satu sama lain tanpa usaha mencari
penyelesaian," katanya lagi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Putus segera hubungan dengan Pas]
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas mungkin tanding kerusi Melayu di Selangor]
[ARTIKEL BERKAITAN:Teruskan perjuangan tanpa Pas]
2 orang berkata:
Tbaik pas....yg dah blaku jgn diulang..jgn bia ditikam blkg lg...kalah menang Allah yg tentukan..istiqamah tetap istiqamah
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...
Post a Comment