Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DISEBABKAN RUU 355 KAJI SELIDIK DIBUAT HABIS-HABISAN

 
UNDANG-UNDANG CIVIL DILAKSANAKAN
DINEGARA INI TANPA KAJI SELIDIK
TERIMA SAHAJA
 
RUU 355 BILA NAK DISYORKAN PERLU DIKAJI SELIDIK MATI-MATIAN, TU BELUM
LAGI NAK DILAKSANAKAN
 
MENGAPA AGAKNYA ?
 
NAK CARI PASAL AGAKNYA !
 
-Pak Karamu-
 
 
 
70.1 peratus tidak tahu RUU355: Kajian
70.1 peratus tidak tahu RUU355: Kajian
Rafizi menerangkan tentang keputusan soal selidik yang dijalankan. 
 
KUALA LUMPUR - Sebanyak 70.1 peratus pengundi Melayu tidak tahu mengenai RUU355 selepas satu kaji selidik yang dijalankan Invoke Centre For Policy Initiatives (I-CPI) terhadap 1.1 juta pengundi Melayu Islam.

Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli berkata, daripada 1.1 juta orang pengundi, seramai 43,030 orang menjawab soalan yang diberikan.

Menurutnya, soal selidik dibuat melalui panggilan telefon secara rawak dalam tempoh seminggu bermula 16 Mac hingga semalam.

"Hasil soal selidik bila ditanya sama ada anda tahu mengenai RUU355, dapati hanya 70.1 peratus atau 30,173 orang pengundi tidak tahu apa itu RUU355. Manakala, bagi mereka yang tahu hanya berjumlah 12,857 pengundi sahaja atau 29.9 peratus," katanya dalam sidang media di Invoke Malaysia, di Sungai Besi, hari ini.


Mengulas tentang jumlah pengundi yang tahu tentang RUU355, daripada 12,857 pengundi, seramai 5,708 pengundi merasakan isu terbabit penting dalam menentukan undi dalam PRU akan datang.

Tambahnya, selebihnya, iaitu 3,909 dan 3,240 pengundi pula masing-masing selain merasakan isu RUU355 ini bukan paling penting.

Mengulas tentang keputusan kaji selidik RUU355, Rafizi berkata, hanya 4,484 orang atau 10.4 peratus daripada 43,030 pengundi Melayu yang berpendirian RUU355 adalah isu penentu undi mereka dalam PRU14.

Selebihnya seramai 38,546 pengundi pula merasakan RUU355 bukan penentu undi.
Kesimpulannya, 54.3 peratus dari pengundi Melayu yang berhasrat mengundi Pas tidak tahu mengenai RUU355.

"45.7 peratus menyatakan mereka mengetahui perkara itu," katanya.

Jelasnya, kaji selidik ini bertujuan menentukan secara kuantitatif sejauh mana pengaruh RUU355 dalam menentukan undi pengundi Melayu dalam PRU14 akan datang.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Cuba tanya si piji tu berapa orang yang benar2 tahu pasal undang2 jualbeli rumah.

noor said...


غسيل خزانات بمكة غسيل خزانات بمكة
غسيل خزانات بجدة غسيل خزانات بجدة
غسيل خزانات بالدمام غسيل خزانات بالدمام
غسيل خزانات بالمدينة المنورة غسيل خزانات بالمدينة المنورة

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.