Dua individu berlindung di Kedutaan Korea Utara
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya dua warga Korea
Utara yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim
Jong-nam masih berada di dalam premis kedutaan Korea Utara di Bukit
Damansara di sini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara
itu menerusi WhatsApp kepada Bernama News Channel (BNC) berkata dua
individu itu ialah Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara, Hyon
Kwang-song, 44, dan kakitangan syarikat penerbangan Air Koryo, Kim
Uk-il, 37.
Ditanya mengapa pihak polis tidak memasuki kedutaan bagi menahan
kedua-dua individu berkenaan, beliau berkata setiausaha berkenaan
mempunyai imuniti terhadap dirinya manakala waran tangkap ke atas Uk-il
telah dikeluarkan minggu lepas.
"PDRM harus menghormati Konvensyen Vienna di mana perkarangan kedutaan
yang dilindungi kekebalan diplomatik tidak boleh diceroboh," katanya.
Mengenai empat suspek yang meninggalkan negara ini sebaik berlaku
kejadian Jong-nam diracun, beliau berkata: "Setakat ini tiada
perkembangan lanjut diterima daripada Interpol".
Jong-nam yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport atas nama
Kim Chol meninggal dunia selepas mukanya disapu dengan bahan kimia Agen
Saraf VX semasa menunggu penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.
Dua wanita warga asing telah didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac lalu berhubung kes itu.
Seorang daripadanya dikenali sebagai Siti Aisyah, 25, warga Indonesia
dan seorang lagi yang dikenali sebagai Doan Thi Huong, 29, wanita warga
Vietnam.
Mereka bersama empat orang lagi yang masih bebas didakwa membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas klia2.
Sementara itu Khalid enggan mengulas berhubung laporan media asing yang
menyebut pihak berkuasa Jepun memberikan data cap jari kepada PDRM bagi
mengesahkan identiti Kim Chol sebagai Kim Jong Nam.
"Saya cuma akan ulas jika berita ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa rasmi Jepun," katanya.
Laporan tersebut menyebut pihak kerajaan Jepun menyediakan maklumat cap
jari dan beberapa data lain kepada Malaysia bagi membantu siasatan kes
pembunuhan abang tiri pemimpin negara itu, Kim Jong-un.
Agensi berita Kyodo yang memetik sumber kerajaan Jepun berkata maklumat
cap jari berkenaan diperoleh pihak berkuasa imigresen Jepun apabila
Jong-nam ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 2001
ketika dia cuba memasuki Jepun dengan menggunakan pasport palsu.
–Bernama
4 orang berkata:
Dedak rm90juta yg disalurkan melalui akaun Affin dipercayai disembunyikan di rumah hadi.
kahkahkah..walaun2 PA$ kesipuan.
Hantar lebai dol gi Tehran bincang baik2 dgn Ayahtula Syiah, gerenti ini masalah bole setel punya.
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...
Post a Comment