Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HADI TAK TAHU SAMA ADA IA DICALON ATAU TIDAK

'Saya belum tahu ada orang calon atau tidak'
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

CYBERJAYA - "Saya belum tahu, orang calonkan saya atau tidak," demikian ujar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengulas mengenai kesedian beliau untuk mengekalkan jawatan presiden pada Muktamar Pas tahun ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata sebarang keputusan yang akan dibuatnya bergantung kepada sokongan ahli kepadanya."Tunggu pencalonan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Profesional Malaysia di sini, hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi yang mengetuai kumpulan ulama pada pemilihan 2015 beroleh kemenangan besar dengan menewaskan kumpulan pencabarnya.

Pada pemilihan itu, Abdul Hadi dicabar bekas Naib Presidennya, Ahmad Awang dan kemenangan berpihak kepada Ahli Parlimen Marang itu dengan majoriti 695 undi. Abdul Hadi mendapat 928 undi, manakala pencabarnya hanya 233 undi.

Tuan Ibrahim dari kumpulan ulama juga menang besar dengan menewaskan pencabarnya, bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dengan majoriti 602 undi.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang mendapat 881 undi, manakala Mohamad atau Mat Sabu memperoleh 279 undi.

Muktamar Pas kali ke-63 akan diadakan dari 29 April hingga 1 Mei, 2017 di Alor Setar, Kedah, dijangka dihadiri kira-kira 1,200 perwakilan.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Hoi hadi bangsat..kau nk check apa lagi pindaan ruu355 tu..sokong ajer la..x sokong kang kau jd kapir harbi..

Anonymous said...

Buat apa calon baghal.
Tak pekdah satu apa pun...

Anonymous said...

Jaga cucu la aji. Jaga bini muda mung. Ajak la naik 4wd yg org hadiah turrr

Anonymous said...

tak pelik ke?.tak heran ke?tak takjub ke?tak pening ke? tak apa lagi lh.semuanya melambangkan kebanganagan Hadi atau pun lakonan semsa.sama juga dengan penulis blog ni.nama je Pakarmu tetapi pakkaram.

Anonymous said...

Pak KERA mu..

Anonymous said...

Pak walaun biol.

Lan said...

Presideng mmg mcm ni . Hari tu dia cakap dekat kedah nak perintah 5 negeri , lusa dia cakap x pulak .....apa jenis ularmak ni

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.