SOALNYA NAK BEKERJASAMA POLITIK ATAU
BEKERJASAMA DALAM PILIHANRAYA ?
JIKA BERLAKU 3 PENJURU
MAKA ITU BERMAKNA MENYERAHKAN
KELANTAN DENGAN UMNO/BN
DAN RAKYAT KELANTAN
TIDAK BODOH MENCARI
SEBAB MENGAPA KALAH ?
KALAH KERANA PENGKHIANAT BARU !!!
NAJIB KE KELANTANG MUNGKIN
ATAS UNDANGAN KU LI
YANG NAMPAK UMNO
BOLEH AMBIL ALIH
KELANTAN KERANA PAS
SUDAH ADA MUSUH POLITIK BARU ?
SOALNYA MELAYU KELANTAN NAK
KEMBALI KE SEKULAR ATAU NAK TIDO SEBANTAL DENGAN DAP YANG SECARA TERANG?
MENENTANG RUU 355
DAN SERAMBI MEKAH ?
-Pak Karamu-
Awas jika Pas, Umno salah langkah
KOTA BHARU - Jika tersilap percaturan dalam kerjasama politik antara
Pas dan Umno di Kelantan, yang pastinya, Pakatan Harapan dan Bersatu
‘kenduri besar’ dan bertepuk tangan gembira dengan tindakan tersebut.
Penganalisis Politik, Dr Rusdi Omar berkata, dalam konteks politik di
Kelantan agak sukar untuk Umno dan Pas bekerjasama kerana kedua-dua
parti itu berkeyakinan boleh memerintah Kelantan selepas PRU14 nanti.
Tambahan pula katanya, Pengerusi Umno Kelantan sendiri telah menyatakan
kepada pucuk pimpinan BN negeri bahawa mereka tidak akan bekerjasama
dengan parti lawan dan Pas merupakan saingan politik.
“Akar umbi kedua-dua parti pun agak sukar untuk menerima kerjasama
politik. Kalau tersilap langkah kemungkinan besar pihak pembangkang, PH
dan Bersatu boleh mendapat 'advantange' dalam PRU nanti sekiranya
terjadi kerjasama politik,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Kelmarin, pemimpin nombor satu BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam
lawatannya di Kelantan membayangkan tidak menolak kemungkinan kerjasama
Umno-Pas di Kelantan pada PRU akan datang.
Bagaimanapun, Dr Rusdi berpendapat perkara itu tidak mungkin berlaku
memandangkan PRU 14 nanti merupakan masa yang sesuai untuk Umno Kelantan
menawan balik Kelantan.
“Kerjasama politik ini sebenarnya melibatkan rundingan kerusi. Adakah
Umno bersedia untuk berkompromi dengan Pas mengenai kerusi yang
ditandingi mereka.
“Saya rasa tidak. Di Kelantan, Umno tidak mungkin dapat mengizinkan
sebilangan besar kerusi yang dimenangi mereka untuk dilepaskan dan
sebaliknya.
“Oleh itu saya merasakan adalah mustahil untuk Umno dan Pas mengadakan
kerjasama politik di Kelantan. Dan sejarah politik Kelantan juga telah
membuktikan bahawa Umno adalah saingan politik utama kepada Pas,”
katanya.
Katanya, sekiranya kerjasama politik itu tidak berlaku, kemungkinan
untuk terjadi pertandingan tiga penjuru nampak pasti dan di sini
sebenarnya memberi 'advantange' kepada Umno untuk memenangi
kerusi-kerusi yang dipertandingkan dalam PRU14 nanti.
“Sebenarnya apa yang perlu Umno buat adalah memenangi hati dan minda
rakyat atau dengan kata lain cakna rakyat. Pemimpin-pemimpin mereka
perlu turun padang dan cakna rakyat. Insha ALLAH rakyat akan bersama
mereka,” katanya.
5 orang berkata:
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...
Itulah zikir kamu tiap masa..pembangkang menang..cina perintah..sekarang ni melayu perintah..negara hancur..bodoh botingket2
Ceramah pas dah terok dan penuh dgn maki hamun.
Kita tersepit antara bertokeykan 1mdb, bertokeykan dap dan bertokeykan syiah.
Ambik yg paling ringanlah. Kita bertokeykan dap aje. Sbb semua x blh pakai
kelantan biar pas megang..umno pembngkang..ph tak perlu lah
Post a Comment