Polis cari ‘Raja Bomoh’
KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Polis
DiRaja Malaysia (PDRM) dilaporkan sedang mengesan Ibrahim Mat Zin atau
dikenali sebagai `Raja Bomoh'.
Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi akaun Twitternya hari
ini.
"Jawi dan PDRM sedang berusaha menjejaki Bomoh (Ibrahim) sejak Isnin
lagi untuk menangkap dan mendakwa beliau yang merosakkan imej Islam,"
katanya.
Terbaharu, Asyraf mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan
upacara dilakukan Ibrahim yang dikatakan 'memagar' Malaysia daripada
ancaman negara asing khususnya Korea Utara.
Ini kerana menurutnya, perbuatan menularkan ritual oleh lelaki berasal
dari Teluk Intan, Perak, itu secara tidak langsung mempromosikan
individu itu.
Katanya, usaha mengesan Raja Bomoh dijalankan sejak beliau giat
menjalankan upacara 'memagar' negara ini daripada ancaman negara asing
khususnya Korea Utara.
Perbuatannya itu dikatakan telah merosakkan imej agama Islam.
1 orang berkata:
Jual kat PA$ je lah..boleh dapat 90juta dari ketua lebai.hihihi
Post a Comment