Tak ada ruang bagi pihak menentang Pas
SHAH ALAM – Tidak ada ruang untuk kerjasama dengan sesiapa yang bersama dengan pihak yang menentang agenda perjuangan Pas.
Ini kerana menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr
Khairuddin Aman Razali, Pas tidak mahu merangka kerjasama atas dasar
dosa dan kezaliman yang diharamkan oleh Islam."Pas sebagai parti politik Islam mempunyai kayu ukur dan neraca
tersendiri dalam menentu dan menilai matlamat dan hala tuju perjuangan.
"Kayu ukurnya adalah Islam yang rujukannya adalah al-Quran dan Sunnah.
Justeru, tentulah ia berbeza daripada kayu ukur dan neraca parti politik
lain. Dan silap jika ada ahli Pas yang mahu kami mengikut cara fikir,
matlamat, hala tuju serta strategi parti seperti DAP, PKR, Amanah,
Bersatu sementelah lagi Umno," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya lagi, sebarang kerjasama politik untuk berkuasa dengan
mana-mana pihak sama ada parti politik atau badan bukan kerajaan
hendaklah dengan tujuan mencapai matlamat tersebut.
”Maka sesiapa yang menentang matlamat perjuangan ini maka dia
berpotensi menjadi musuh walaupun dalam masa yang sama dia juga adalah
sasaran dakwah Pas.
”Sebagai parti politik, Pas menyertai pilihan raya tanpa jemu sama ada
menang atau kalah sejak 1955 sebelum merdeka sehingga PRU13 selepas
merdeka pada 2013.
"Sekiranya kemenangan berpilihan raya belum diperolehi maka kerja
dakwah dan nasihat kepada pemerintah dan rakyat berkonsepkan Amar Makruf
Nahi Mungkar diteruskan sehingga menanti PRU seterusnya,” katanya lagi.
Dalam perkembangan terkini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
berkata, rundingan kerjasama parti itu dengan Bersatu berakhir selepas
Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penyertaan parti itu dalam Pakatan
Harapan.
5 orang berkata:
hamPASampah.Full stop.
Bjuang sendiri lg baik...tbaik pas...
wah...sombongnya! sepatutnya org islam kena tunjukkan sikap yg mulia, barulah org bukan islam respek. secara tak langsung blh berdakwah.
Apa syarat syaratnya pak karam? Kena beli vellfire ke? Atau audi q7? Nak beli mini cooper, range rover, porsche semua2 tu mmg tak mampu laa. Tapi kalau lobai hadi boleh derma sikit dari rm90juta tu ok jer, saya sanggup jadi ahli pas seumur hidup. Saya pun cinta dunia jugak mcm lebai2 pas.
Parti PA$ berketuakan lebai pondan.
Post a Comment