Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KITA BUAT TUGAS KITA

MASALAH AGAMA BIARLAH DIKELOLAKAN OLEH ORANG AGAMA, PAS JANGAN SESEKALI MENGHARAPKAN KEPADA ORANG LAIN MELAKUKANNYA

ASAL TUGAS TU DARIOPADA PAS, MAKA PAS BERTANGGUNGJAWAB MELAKUKANNYA. KITA TIDAK BOLEH MENGHARAPKAN KERJA KITA ORANG LAIN SELESAIKANNYA

KITA TIDAK NAFIKAN MEMANG ADA ORANG LAIN YANG BERMINAT MEMBANTU AKAN TETAPI MEREKAPUN TERIKAT DENGAN MASALAH DALAMAN MEREKA, DEMIKIAN JUGA KITA

OLEH SEBAB ITU KITA BUAT APA YANG KITA RASA TERBAIK. SOAL MEREKA NAK SOKONG ATAU TENTANG TERPULANG PADA MEREKA,POKOKNYA KITA TELAH  BERUSHA DEMI AGAMA

KITA IKUT JALAN KITA, MEREKA IKUT JALAN MEREKA, DI AKHIRAT BIAR TUHAN TENTUKAN


-Pak Karamu-



Tiada masalah, Pas akan bentang RUU 355
Nasrudin Hassan
Nasrudin.
SHAH ALAM - Pas tidak terjejas sama sekali dengan pengisytiharan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkenaan kerajaan tidak akan membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, apabila berlaku keadaaan begini, situasinya kini adalah "kekal pada format asal" iaitu Pas akan membentangkannya sepertimana sebelum ini.

"Sememangnya, Ahli Parlimen Pas sejak awal telah diletakkan dalam 'mode standby' bagi menghadapi perbahasan di Parlimen," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Semalam, Najib berkata tindakan itu diambil susulan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang secara konsensus membuat keputusan mengenai perkara itu.

Kata Najib, Akta 355 akan kekal sebagai RUU persendirian dan terserah kepada kepada Speaker (Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia) untuk menentukan mengikut kepada Order Paper (aturan urusan mesyuarat).

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata apa yang membezakan jika kerajaan BN bentang  maka ia menjadi Bill Kerajaan yang diutamakan angka gilirannya.

"Hanya beza jika  Jika Pas yang membentangnya maka ia kekal seperti asal iaitu Rang Undang-Undang Persendirian maka gilirannya ditentukan oleh Yang di Pertua Dewan Rakyat melalui peruntukan peraturan  dewan," katanya.

RUU 355 pertama kali dibentangkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada Mei 2016 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah.

Ahli Parlimen Marang itu pada sesi terakhir Parlimen November lalu meminda usul itu dengan menaikkan hukuman penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan maksimum 100 sebatan berbanding maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Akhirnya Pas basah lenjun kena "kencing" dengan UMNO dan BN apabila Najib Razak sendiri mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul Akta 355 di Parlimen kerana ketiadaan konsensus sesama mereka.

Setelah dua kali Hadi menangguhkan pembentangannya sebelum ini, besar kemungkinan usul itu kini langsung tidak diberi ruang oleh Speaker untuk dibentangkan kerana ia seolah-olah tidak lagi mendapat sokongan daripada kerajaan. Ketiadaan masa dan memberi keutamaan kepada usul kerajaan tentulah akan dijadikan alasan.

Akhirnya, Akta 355 mencipta sejarah sebagai satu-satunya usul yang hanya dapat dibentangkan di Padang Merbok, bukan di Parlimen.

Hamba Allah said...

Anon 11:44 tak baca ka apa ketua penerangan tu ckp...atau anon 11:44 buta huruf dan buta hati...kahkahkahkahkah

Anonymous said...

Kena kencing lagi. Basah lenjun bhaii. Klu ph dan dap sokong ruu hadi tu pun, belum tentu bole menang....

Kono laie lobai kito turr

Anonymous said...

Lebai2 PA$ dah balun duit rasuah 90juta mestilah kena buat kerja..Kerjanya merosakkan lg imej Islam sebenar dan menyesatkan akidah org Melayu. Betul tak pak walaun?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.